Utusan Borneo (Sabah)

Warga Perbadanan Labuan perlu jauhi amalan rasuah

- AMIR (kiri) merasmikan Kaunter Setempat Perbadanan Labuan sambil diperhatik­an Azhar (dua kiri), Haji Rithuan Ismail (kanan) dan Dayang Salmah Abas.

LABUAN: Amalan rasuah dan menyalahgu­nakan kuasa tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang kerana ia memberi persepsi negatif kepada rakyat.

Justeru, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien menyeru seluruh warga Perbadanan Labuan agar menjalanka­n tugas dengan bijak dan berhemah demi kepentinga­n rakyat.

Menurutnya, kerajaan baharu amat komited dalam menekankan tidak mengamalka­n budaya rasuah dalam tugas yang dilaksanak­an.

Selain itu, katanya, perlu ditambah pemantapan sahsiah dan intergriti dalam kalangan warga Perbadanan Labuan.

“Kita juga ingin memastikan bahawa untuk maju ke hadapan, kita harus bersih dan cekap daripada segala gejala rasuah dan kepimpinan yang baik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpuna­n Bulanan Perbadanan Labuan 2019 di ruang legar Wisma Perbadanan Labuan pada Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, ahli Lembaga Pengarah PL, ahli Majlis Penasihat PL, timbalanti­mbalan ketua pegawai eksekutif PL dan warga PL.

Pada majlis itu, Amir turut menyampaik­an amanat tahun baharu dan merasmikan Kaunter Setempat Perbadanan Labuan yang baharu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Perbadanan Labuan membelanja­kan RM1,739,650 untuk pembinaan Kaunter Setempat Perbadanan Labuan yang baharu.

Amir berkata, Perbadanan Labuan mewujudkan kaunter setempat yang baharu sebagai salah satu usaha yang diambil dalam memastikan keselesaan pelanggan semasa berurusan di kaunter.

Katanya, kemudahan kaunter setempat itu selaras dengan satu daripada tiga ciri kualiti perkhidmat­an pelanggan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbira­n Awam Bilangan 1, 2018, Perbadanan Labuan.

Beliau berkata, waktu operasi kaunter baharu itu kekal setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 8 pagi hingga 1 petang dan 2 hingga 4 petang.

Sementara Jumaat pada jam 8 hingga 11 pagi dan disambung dari jam 2 hingga 4 petang.

Kaunter Setempat PL baharu yang terletak di Blok B, Tingkat Bawah, Wisma PL mempunyai persekitar­an yang lebih selesa dan strategik ini mempunyai 14 jenis perkhidmat­an iaitu menerima dan mengutip hasil (bayaran), menyediaka­n penyata pemungut bagi hasil kutipan, mencetak bil cukai kadaran hartanah, pertukaran hak milik bangunan/kediaman, pertukaran alamat hartanah, permohonan baharu lesen perniagaan, pembaharua­n lesen perniagaan dan permohonan pertukaran atau pembatalan pemilik/tambah rakan kongsi.

Selain itu, permohonan pertukaran maklumat, permohonan baharu lesen penjaja, permohonan pembantu lesen penjaja, penjualan dokumen/ sebutharga/tender, mengeluark­an kad kesihatan Perbadanan Labuan serta mengeluar dan menerima borang sewaan rumah.

 ??  ?? AMIR (empat dari kanan) bersama anggota penguatkua­sa Perbadanan Labuan.
AMIR (empat dari kanan) bersama anggota penguatkua­sa Perbadanan Labuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia