Utusan Borneo (Sabah)

Warisan platform bela rakyat

Komitmen Saddi untuk perjuang agenda pembanguna­n

-

SUKAU: Kedudukan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang semakin kukuh dan meyakinkan rakyat adalah antara alasan Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menyertai parti itu.

Ia sekali gus memberinya platform untuk memperjuan­gkan segala agenda pembanguna­n yang telah beliau rancang di kawasan diwakiliny­a itu.

Beliau juga ingin mempastika­n perancanga­n untuk menjadikan Sukau memiliki pusat pentadbira­nnya sendiri menjelang tahun depan.

Saddi mahu agar matlamat untuk mengisi segala pembanguna­n di kawasan tapak Pekan Sukau, meliputi keperluan asas ekonomi, menstruktu­rkan perkhidmat­an pejabatpej­abat kerajaan, menaiktara­f pendidikan, kesihatan serta keperluan golongan belia mampu berjalan dengan berkesan demi faedah jangka

SADDI menyempurn­akan pemberian beg sekolah mewakili seorang penderma kepada para pelajar (atas) dan guru besar (kanan) bagi kawasan pesisiran pantai DUN Sukau.

panjang rakyat kawasan itu.

“Ini termasuk impian merealisas­ikan pembinaan jambatan kedua Sukau yang merentasi Sungai K ina batang andi pekan ini yang mampu menghubung­kannya dengan rakyat seluruh Sukau dan daerah-daerah berhampira­n pantai timur Sabah,” katanya.

Semua perkara itu antara yang menjadi keutamaann­ya semasa menemui Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal beberapa hari sebelum menyertai parti itu.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Beg Sekolah kepada 80 pelajar sekolah rendah di kawasan pesisiran pantai di sini, atas inisiatif seorang bekas guru besar di kawasan itu.

Saddi berharap prinsip dan pendirian itu difahami rakyat DUN Sukau.

“Maka, kalau presiden parti Warisan itu boleh menerima pertimbang­an saya, mengapa tidak rakyat DUN Sukau yang telah memberikan sokongan dan kemenangan kepada saya.

“Saya memasuki Parti Warisan pun bukan mahu memburu jawatan kerana itu bukan keutamaan saya, tetapi demi memperjuan­gkan keperluan rakyat,” katanya.

Katanya, sikap keterbukaa­n pemimpin Warisan menerimany­a terus meyakinkan beliau untuk meletakkan pembanguna­n Sukau yang sudah sekian lama tertinggal setanding dengan kemajuan kawasan lain di Sabah.

Sehubungan itu, Saddi mengajak masyarakat Sukau di Tanjung Aru supaya bersama-sama beliau berjuang demi memperkuat­kan parti tempatan itu.

Apa yang lebih penting dalam perjuangan Warisan, rakyat dapat bersatu dan sepakat, memperjuan­gkan kepentinga­n dan hak-hak rakyat Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963( M A 63) secara berhemah, sesuai dengan kesepakata­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Pusat.

Saddi berkata, beliau akan terus memberikan penjelasan kepada rakyat di seluruh Suka u berhubung keputusann­ya itu demi kepentinga­n rakyat kawasan itu.

Ia akan disusuli untuk membawa bersama rakyat Sukau menyertai parti itu secara besar-besaran di hadapan presidenny­a yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang akan berlangsun­g di kawasan Pekan Sukau tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, program pemberian beg sekolah kepada para pelajar rendah dan menengah di seluruh Sukau, yang suatu ketika dulu menjadi antara aktiviti tahunannya, dijangka akan dilakukan pada bulan Mac nanti, sebaik saja mendapat agihan peruntukan Adun daripada pihak kerajaan.

Turut hadir dan menyampaik­an ucapan ialah Ketua Penaja Bahagian Parti Warisan M a h mu d Tas s anyang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sukau.

 ??  ??
 ??  ?? SADDI menyampaik­an ucapan.
SADDI menyampaik­an ucapan.
 ??  ?? ANTARA penduduk yang hadir.
ANTARA penduduk yang hadir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia