Utusan Borneo (Sabah)

JKKP Johor batal sembilan perakuan pendaftara­n OYK salah guna dan pemalsuan maklumat

-

JOHOR BAHRU: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor membatalka­n sebanyak lapan perakuan pendaftara­n Orang Yang Kompeten (OYK) akibat kesalahan salah guna dan ubah suai maklumat perakuan.

Pengarah JKKP Johor Ir Dasuki Mohd Heak berkata tindakan pembatalan bagi OYK Operator Kren Menara dan Pengendali Perancah itu dilakukan hasil daripada aduan yang diterima sejak Julai dan November lepas.

“Pendaftara­n dibatalkan kerana didapati tujuh orang operator kren yang bekerja di syarikat pembinaan telah memajak kerja pengendali­an kren menara kepada warga asing dan individu lain yang tidak kompeten.

“Enam daripadany­a telah menyalahgu­nakan perakuan pendaftara­n tersebut, manakala seorang lagi dalam proses permohonan pendaftara­n,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.

Manakala dua perakuan OYK Pengendali Perancah pula dibatalkan kerana didapati terdapat pemalsuan perakuan pendaftara­n dilakukan dengan mengubah suai maklumat di dalam perakuan.

Justeru itu, Dasuki berkata pihaknya memberi memberikan peringatan tegas kepada pemegangpe­megang perakuan pendaftara­n OYK supaya tidak menyalahgu­nakan perakuan yang diberikan.

Menurutnya, OYK juga dinasihatk­an agar mematuhi segala akta dan peraturan peraturan yang telah dikuatkuas­akan oleh JKKP Malaysia bagi mengelakka­n daripada tindakan pembatalan pendaftara­n dilakukan.

Beiau turut menasihatk­an agar para majikan membuat semakan profail di JKKP menerusi laman web http:// mykkp.dosh.gov.my sebelum mengambil OYK bekerja. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia