Utusan Borneo (Sabah)

Hafiz pegawai tadbir kanan Yayasan Sabah di Kaherah

-

KOTAK INA BALU: Pegawai Tadbir Kanan Yayasan Sabah di Kaherah Mesir yang baharu, Hafiz Hamzah Al-Hafiz memulakan tugas di Wisma Yayasan Sabah di Kaherah Mesir pada 2 Januari lalu.

Beliau pernah bertugas selama dua tahun bersama Yayasan Sabah di Kaherah Mesir iaitu pada tahun 2009 hingga 2010, menggantik­an Sabli Aliju.

Berasal dari Kota Kinabalu, Hafiz berkelulus­an Bachelor of Qiraat (Kepujian) dari Universiti Al-Azhar Mesir serta Master Degree in Quran and Sunnah Studies dari Universiti Islam Antarabang­sa (UIA).

Hafiz berkata pengalaman berkhidmat selaku Pembantu Pegawai Tadbir akan dimanfaatk­an sebaik mungkin sekali gus berusaha membantu setiap urusan pengajian pelajar tajaan Yayasan Sabah di sana kelak.

“Ini merupakan satu tanggungja­wab yang berat untuk dipikul disamping memerlukan komitmen yang tinggi serta sokongan daripada kakitangan dan pelajar sangat diharapkan.

“Pengalaman ketika bertugas pada 2009 hingga 2010 digunakan sebaik mungkin. Meskipun suasana sedikit berbeza namun kita pasti akan melaksanak­annya dengan sebaik mungkin di samping mengharapk­an kerjasama baik daripada semua pihak khususnya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas melakukan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia Ke Mesir Mohd Haniff Abd. Rahman, di Kaherah Mesir pada Selasa.

Dalam masa sama, Hafiz juga mengadakan kunjungan hormat kedua ke atas Aizal Anual selaku penasihat kepada Menteri Pendidikan Malaysia di Kaherah, Mesir.

Dalam kedua-dua kunjungan berkenaan, beliau diberikan taklimat serta penerangan ringkas berkaitan keadaan serta situasi permasalah­an yang dialami pelajar di Mesir.

“Kita akan berikan tumpuan lebih kepada perkara yang dibangkitk­an. Dengan memastikan segala keperluan pelajar di sini (Mesir) akan dapat ditangani sebaik mungkin bagi membolehka­n mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa,” katanya.

 ??  ?? HAFIZ bersama pelajar serta pegawai di Wisma Yayasan Sabah Kaherah.
HAFIZ bersama pelajar serta pegawai di Wisma Yayasan Sabah Kaherah.
 ??  ?? HAFIZ
HAFIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia