Utusan Borneo (Sabah)

Petani padi SRI Ba’Kelalan menuai hasil pertama

SRI meliputi penyediaan tapak, benih, penanaman, pembajaan, pengairan, penyelengg­araan, kawalan penyakit secara organik

-

Saya amat gembira hari ini kerana tangkai padi begitu lebat dengan buah yang menguning. Padi juga tumbuh dengan sihat.

BA’KELALAN: Seramai 11 petani padi Adan di Long Langai, Ba’Kelalan semalam teruja menuai hasil padi pertama yang ditanam menggunaka­n kaedah tanaman padi organik dikenali Sistem Intensifik­asi Padi (SRI).

SRI merupakan satu kaedah penanaman padi digunakan untuk meningkatk­an hasil padi meliputi aktiviti menyediaka­n tapak tanaman, benih, penanaman, pembajaan, pengairan, penyelengg­araan dan kawalan penyakit secara organik.

Baru Agong, 68, antara petani yang begitu gembira dengan hasil tuaian pertama sejak kaedah SRI itu mula diperkenal­kan pada 2014 dan dilaksanak­an sepenuhnya di Long Langai pada 2018.

“Saya amat gembira hari ini kerana tangkai padi begitu lebat dengan buah yang menguning. Padi juga tumbuh dengan sihat,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di Long Langai di sini pada Selasa.

Baru yang sekian lama menggunaka­n kaedah penanaman menggunaka­n racun berkata, dia akan terus menggunaka­n kaedah SRI untuk penanaman padi Adan pada masa akan datang.

“Walaupun kaedah ini lebih banyak kerja kerana padi memerlukan jagaan namun saya berpuas hati,” katanya.

Pemilik petak sawah SRI, Harrison Thadem Sakai, 35, berkata kebaikan ketara kaedah SRI adalah hasil tuaian bertambah berbanding kaedah tanaman biasa.

“Tahun ini, saya berjaya menuai tujuh guni padi SRI berbanding tahun lalu hanya empat guni. Walaupun ada serangan penyakit namun hasil tuaian tetap banyak.

“Pada masa sama, melalui kaedah ini saya dapat belajar mengawal serangan siput gondang emas dan membuat baja organik mendapatka­n padi sihat dan mengeluark­an tangkai lebat,” kata Harrison.

Projek perintis penanaman padi SRI dilaksanak­an oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia melalui peruntukan sejumlah RM1.5 juta daripada CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic).

Di Sarawak, ia dilaksanak­an di Ba’Kelalan dan Long Semadoh selama tiga tahun bermula 2017 hingga 2019 dengan peruntukan keseluruha­n berjumlah RM600,000.

Kaedah penanaman padi SRI mulai diperkenal­kan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) pada 2014 di Long Rusu, Ba’Kelalan membabitka­n lima petani mengikuti program ujian petak di bawah Pusat Penyelidik­an Pertanian.

WWF Malaysia dan CIMB Islamic menaja peserta menyertai program JPS termasuk lawatan ke SRI Lovely Farm di Sik, Kedah mempelajar­i teori dan aspek teknikal SRI.

Pada 2017, penanaman SRI diperluask­an ke Kampung Long Langai melibatkan 11 petani yang komited menjayakan projek itu.

Felow Institut Pengurusan Bencana Universiti Utara Malaysia (UUM) Zakaria Kamantasha berkata, di Ba’Kelalan padi ditanam menggunaka­n kaedah bahan kimia hanya mampu menghasilk­an kira-kira 12 batang padi berbanding kaedah SRI 50 hingga 80 batang padi serumpun.

“Ini rekod yang baik. Petani di Long Langai mempunyai kesabaran dan rajin mengguna pakai kaedah penanaman mapan melalui amalan pertanian mesra alam.

Pegawai Program Pendidikan dan Penglibata­n Komuniti Kanan WWFMalaysi­a, Alicia Ng berkata petani di Long Langai memulakan penanaman padi pada Julai 2018.

“Melalui kaedah ini, kita berharap dapat membantu meningkatk­an

BARU AGONG, Petani

BARU menunjukka­n buah padi Adan yang lebat dan sihat hasil tanaman menggunaka­n kaedah SRI.

pendapatan petani dan komoditi setempat terutama di Ba’Kelalan melalui cara organik,” katanya.

Ng menambah, amalan pertanian organik amat penting bagi memelihara alam sekitar di BaKelalan memandangk­an ia merupakan sebahagian kawasan Taman Negara Pulong Tau.

Hadir sama Ketua Kampung Long Langai Matius Padan dan penduduk beberapa kampung sekitar Long Langai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia