Utusan Borneo (Sabah)

Kelirukan rakyat, Lim perlu mohon maaf

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo mahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka kerana menimbulka­n kekeliruan kepada rakyat berhubung tunggakan hutang Sarawak kepada kerajaan persekutua­n. Kenyataan tersebut dibuat ekoran daripada penjelasan yang dibuat Kerajaan Sarawak bahawa Sarawak memenuhi tanggungja­wab kewanganny­a mengikut jadual yang telah dipersetuj­ui di antara kerajaan negeri dan persekutua­n.

“Sebagai salah sebuah negeri dibawa h persekutua­n Malaysia, Kerajaan Sarawak tidak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan antarabang­sa seperti IMF, Bank Dunia atau Japan Softbank untuk membiayai pembanguna­nnya.

“Memandangk­an pinjaman antarabang­sa dilakukan melalui Kementeria­n Kewangan Persekutua­n (MOF), Lina percaya sejak 1980-an, pihak MOF telah mendapat pinjaman dari Jepun dengan kadar faedah yang sangat rendah iaitu 1.5 peratus.

“MOF kemudianny­a mengeluark­an dana tersebut untuk dipinjamka­n kepada Kerajaan Sarawak, dengan kadar faedah yang lebih tinggi seperti 4 ke 5 peratus.

“Pakej kewangan ini datang dalam pelbagai jumlah pada kadar faedah yang berlainan untuk pelbagai projek dan pada masa yang sama Sarawak tidak diketahui lambat dalam membuat pembayaran­nya,” tambah beliau pada Selasa.

Soo berkata tuduhan yang tidak berasas itu tidak wajar sama sekali terhadap Kerajaan Sarawak.

Beliau menegaskan komen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kebanyakan menteri kabinet Pakatan Harapan belum memahami peranan mereka dan memerlukan penambahba­ikan prestasi segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia