Utusan Borneo (Sabah)

PKR Sarawak turut berbangga dengan pelantikan Hafsah

-

MIRI: Para pemimpin PKR Sarawakmen­galu-alukandan mengucap tahniah kepada Datuk Seri Hafsah Harun yang dikenali sebagai ‘Ibu Reformasi’ Sarawak kerana dilantik sebagai Penasihat Khas Bukan Eksekutif (Hal Ehwal Sarawak) di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi PKR merangkap Ahli Parlimen Julau Larry Sng berkata, PKR merasakan pelantikan tersebut amat sesuai dan layak dibuat, sejajar dengan usaha dan pengorbana­n yang telah dilakukan oleh Hafsah selama perjuangan­nya.

“Beliau (Hafsah) telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk memastikan rakyat Sarawak terus mempertaha­nkan negeri ini dan hak-haknya tanpa mengira kaum atau agama.

“Kami yakin bahawa dengan pelantikan ini, suara rakyat Sarawak akan semakin lantang didengar dan diberi perhatian oleh pihak berkuasa di peringkat pusat,” jelas Larry lagi.

Berkongsi pandangan yang sama ialah Ahli Majlis Kepimpinan Wanita PKR Pusat Zulhaidah Suboh dalam kenyataan bersama mereka, turut melahirkan kegembiraa­n dan rasa bangga Wanita P K R Sarawak dengan pelantikan Hafsah.

“Dengan adanya Datuk Hafsah di kedudukan tersebut, kita amat yakin bahawa lebih banyak bantuan dan pembanguna­n dapat dilaksanak­an di Sarawak di bawah kerajaan baharu,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang perjuangan­nya bersama parti itu di Sarawak, Hafsah telah menunjukka­n komitmen dan dedikasiny­a terhadap PKR dan digelar sebagai ‘Ibu Reformasi’ di Sarawak sejak parti itu mulai bertapak di negeri ini.

Malah tambahnya, wanita besi PKR Sarawak itu berhak mendapat penghormat­an tersebut kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam pembanguna­n politik di negeri ini dan juga merupakan bekas pemimpin negeri sebelum menyertai PKR.

“Suara-suara Sarawak terutama kepentinga­n wanita akan didengar oleh kepimpinan PKR teratas kerana Sarawak mempunyai wakilnya sendiri di pejabat Timbalan Perdana Menteri, dan Wanita PKR Sarawak amat yakin mengenai perkara itu,” kata Zulhaidah.

Beliau mendedahka­n bahawa pelantikan Hafsah itu menunjukka­n peranan penting Hafsah untuk membantu memajukan lagi kepentinga­n negeri ini dan melindungi hakhaknya termasuk kebajikan dan kepentinga­n golongan wanita di Sarawak.

“Kami mengucapka­n tahniah kepada beliau dan menyambut pelantikan­nya dengan hati terbuka serta amat gembira kerana ia juga membuktika­n bahawa kepimpinan tertinggi di peringkat pusat turut mengakui kepentinga­n Sarawak dan menunjukka­n keprihatin­an mereka terhadap pemimpin PKR Sarawak,” ujarnya.

Pelantikan Hafsah berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2019.

Hafsah merupakan nama besar yang tidak asing dalam politik Sarawak, di zaman perjuangan bersama Allayarham­ah Datuk Ajibah Abol, sekitar tahun 1960-an dan 1970an.

Beliau dan Ajibah antara wakil rakyat( ADUN) wanita Melayu terawal di negeri ini (Ajibah merupakan ADUN wanita Melayu pertama) di samping ibunya, Lily Eberwein.

Ibu beliau, L i l y merupakan pemimpin wanita generasi pertama (dari 1900) dan pengerusi Persatuan Melayu Sarawak dan seorang pejuang kemerdekaa­n Sarawak yang terlibat dalam banyak demonstras­i menentang penjajah dalam Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak (1946-1950), merupakan sumber inspirasi perjuangan Hafsah.

Hafsah juga pernah dilantik sebagai menteri muda dan menteri penuh dalam Kabinet Negeri dari 1976 hingga 1987, sebelum meninggalk­an kerajaan negeri (yang diterajui Barisan Nasional ketika itu) untuk menyertai pembangkan­g iaitu PKR hingga kini.

 ??  ?? WANITA ‘besi’ PKR Sarawak, Hafsah dilantik sebagai Penasihat Khas Bukan Eksekutif (Hal Ehwal Sarawak) di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
WANITA ‘besi’ PKR Sarawak, Hafsah dilantik sebagai Penasihat Khas Bukan Eksekutif (Hal Ehwal Sarawak) di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia