Utusan Borneo (Sabah)

Pesara mati tertembak dirinya

-

KOTA SAMARAHAN: Seorang pesara tentera sempat mengajak anak lelakinya pergi berburu sebelum ditemui mati dipercayai tertembak dirinya berdekatan Kampung Plaie di sini, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern berkata, mangsa Hereng Pili, 44, ditemui penduduk kampung sekitar jam 11.15 malam di kawasan jalan berbatu iaitu kira-kira 30 meter dari jalan utama.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di sisi motosikaln­ya dengan berlumuran darah di bahagian kepala.

“Seorang anak lelaki mangsa memberitah­u sekitar jam 9 malam dia diajak oleh bapanya (mangsa) untuk berburu, namun dia enggan mengikutin­ya sehingga dia dimaklumka­n oleh penduduk kampung sekitar jam 11.15 malam mengenai kejadian yang menimpa bapanya.

“Mangsa ditemui penduduk kampung yang pada mulanya hairan melihat lampu (motosikal) berkelipke­lip di kawasan jalan berbatu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Difahamkan laporan polis berhubung kejadian telah dibuat selepas itu dan siasatan di tempat kejadian turut menemui selaras senapang patah dipercayai milik mangsa.

“Siasatan di tempat kejadian turut menemui selaras senapang patah berisi kelongsong peluru yang didapati terdapat kesan ketuk ‘Firing Pin’.

“Mangsa dipercayai tertembak dirinya dari jarak dekat berdasarka­n kesan kecederaan dan tompokan darah yang ditemui pada tubuhnya,” kata Lee.

Tambahnya, terdapat kesan peluru di sebelah leher (kiri) dan bahagian bawah telingga kiri.

Anggota paramedik yang hadir di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi mendapati kes menjurus kepada kemalangan tertembak diri sendiri.

“Setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” kata Lee

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia