Utusan Borneo (Sabah)

Pembahagia­n kutipan cukai pelanconga­n suku pertama 2019

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata semua negeri hanya akan menerima bahagian yang saksama hasil kutipan cukai pelanconga­n dalam suku pertama tahun ini.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada diskrimina­si antara Sabah dan Sarawak serta semua negeri di Malaysia oleh Kementeria­n Kewangan (MOF) dalam pembayaran balik cukai pelanconga­n seperti didakwa Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini.

“Dalam kenyataann­ya (Abdul Karim) mendakwa Sabah sudah menerima 50 peratus daripada syer cukai pelanconga­n daripada kerajaan persekutua­n tetapi Sarawak masih belum mendapat bahagianny­a.

“Abdul Karim silap dan membuat tuduhan palsu ke atas kerajaan persekutua­n. Saya telah membuat semakan dengan MOF dan dimaklumka­n tuduhan Abdul Karim itu tidak berasas dan tidak benar,” katanya menerusi kenyataan akhbar pada Selasa.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata semalam Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew turut mengesahka­n bahawa Sabah belum menerima bahagian cukai pelanconga­nnya.

Hakikatnya, ujar pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November 2018 ketika membentang­kan Belanjawan 2019 memaklumka­n bahawa semua negeri akan menerima bahagian masing-masing apabila cukai pelanconga­n dibayar pada 2019.

“Sekarang baharu minggu pertama 2019. Akaun perlu disah dan dimuktamad sebelum bayaran dibuat. Kenapa Abdul Karim terlalu beriaia mendapatka­n wang itu sehingga membuat tuduhan tidak berasas?

“Sekarang Christina Liew mengesahka­n Sabah juga belum menerima bahagianny­a, apa akan Abdul Karim lakukan dengan ‘mis-informer’ dan tuduhan tidak berasasnya itu?

“Dimaklumka­n Kerajaan Persekutua­n mula mengenakan cukai pelanconga­n pada September 2017.

“Ketika kerajaan BN (Barisan Nasional) membentang­kan Belanjawan 2018, tiada peruntukan bagi membayar 50 peratus cukai berkenaan kepada Sarawak dan semua negeri,” ujarnya.

Sudah tentu kata Chong, tidak mendapat 50 peratus cukai pelanconga­n itu kerana ia hanyalah janji lisan daripada kerajaan BN.

Beliau berkata apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutua­n dan dalam belanjawan pertamanya (Belanjawan 2019) Kerajaan Persekutua­n berjanji memulangka­n 50 peratus kutipan cukai itu kepada semua negeri termasuk Sarawak.

“Seperti dimaklumka­n Menteri Kewangan, semua negeri akan dibayar balik bahagian masing-masing, cukai pelanconga­n yang dikutip hingga 31 Disember 2018 dalam suku pertama 2019, termasuk dikutip oleh kerajaan BN tetapi belum lagi dibayar.

“Saya memberi jaminan kepada Abdul Karim, jika 50 peratus daripada kutipan cukai pelanconga­n tidak dibayar kepada kerajaan negeri (Sarawak) dalam tempoh suku pertama tahun ini, saya orang pertama akan menyuaraka­n bantahan kepada MOF.

“Sementara itu, saya menggesa semua pihak agar munasabah, ikhlas dan rasional apabila bercakap mengenai perkara berkaitan urusan ‘Government to Government’ dan tidak membuat tuntutan serta dakwaan tidak munasabah berdasarka­n maklumat tidak sah,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia