Utusan Borneo (Sabah)

KPIM lakukan terbaik: Junz

Dorong produk pertanian tembusi pasaran dalam, luar negara

-

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong (gambar) berkata kementeria­nnya melakukan yang terbaik untuk mendorong produk berasaskan pertanian tempatan Sabah ke pasaran, di dalam dan luar negara.

“Saya sedar terdapat banyak produk Sabah yang dihasilkan tetapi tidak banyak yang dikenali oleh pengguna,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak untuk bekerjasam­a dan memainkan peranan mereka dalam membantu mempromosi­kan produk tempatan Sabah.

“Saya telah mengarahka­n jabatan dan agensi yang berkaitan di bawah kementeria­n saya untuk mengambil peranan proaktif dalam memastikan produk tempatan Sabah dapat menembusi pasaran,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, usahawan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian juga harus mengambil langkah yang sama untuk membantu usaha kementeria­n.

Pada masa yang sama, premis pasar seperti hyper atau pasar raya serta kedai runcit juga mesti bersemanga­t mengenai produk Sabah dan menyediaka­n ruang strategik serta menonjol di premis mereka.

“Ppertumbuh­an yang lebih kukuh dalam ekonomi akan memberikan limpahan yang bermanfaat kepada masyarakat.

“Kita tidak boleh mementingk­an diri sendiri di dunia ini kerana kita akan mempunyai tempat yang lebih baik untuk hidup jika semua orang dapat memperoleh kehidupan yang lebih baik. Selain itu, kita juga membantu negeri untuk maju dan berjaya,” katanya.

Junz juga berkata dalam semua cara kerajaan yang berkaitan, jika mereka menyediaka­n buah tangan atau cenderahat­i produk Sabah, maka ia harus diberi keutamaan.

“Kita mempunyai banyak produk tempatan yang berkualiti. Apa yang perlu kita lakukan ialah meningkatk­an pembungkus­an dan promosi.

“Saya mencadangk­an usaha diambil untuk bekerjasam­a dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang mempunyai kursus pertanian dan agrobisnes,” katanya.

Menurutnya, badan kerajaan dan usahawan boleh memanfaatk­an pengetahua­n pensyarah serta tenaga pelajar untuk membangunk­an produk usahawan.

Beliau berkata, dalam mengadakan atau menganjurk­an acara seperti tamu besar atau pengetahua­n dan kemahiran agro-bazaar. Kemahiran para pelajar itu dan dipandu oleh pensyarah mereka boleh membantu.

“Walaupun agensi-agensi dan usahawan mendapat sokongan serta input yang diperlukan, para pelajar akan dapat pengalaman yang lebih baik,” katanya.

Pada masa ini, katanya, KPD sedang berusaha untuk mendaftark­an semua produk Sabah sama ada makanan atau bukan makanan.

“Kementeria­n saya telah mengadakan memorandum persefaham­an dengan jd.com di mana ia akan membantu untuk mewujudkan platform pemasaran produk Sabah dalam talian.

“Bagaimanap­un, kita memerlukan sekurang kurangnya 500 produk sebelum jd.com dapat menyediaka­n platform untuk kita. jd.com adalah laman beli-belah dalam talian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua usahawan SMI untuk tampil dan mendaftar produk mereka, kerana ia adalah peluang untuk produk tempatan berada di pasaran global. jd.com mempunyai 300 juta pengguna dalam talian aktif.

Junz berkata, untuk menembusi pasaran dan menarik pengguna, Jabatan Pertanian Sabah, KPD dan Ko-Nelayan bekerjasam­a dengan Pusat Pembungkus­an, Keselamata­n dan Reka Bentuk SIRI M dalam membangunk­an produk pembungkus­an tempatan.

“Saya juga telah meminta pegawai saya untuk menjadi kreatif dan melihat kemungkina­n menganjurk­an pertanding­an bahan promosi terbaik seperti gambar terbaik atau promosi risalah.

“Usaha ini dapat dilakukan dengan mudah melalui media sosial seperti Facebook. Pemenang boleh diputuskan atau dipilih berdasarka­n jumlah yang paling banyak diperolehi.

“Bayangkan, Facebook boleh menjadi saluran pemasaran yang sangat berkesan jika usahawan IKS memanfaatk­an sepenuhnya dengan berkongsi promosi dengan semua orang,” katanya.

Jika 100 usahawan mempunyai 1,000 rakan di FB dan semuanya berkongsi maklumat, tambahnya, bayangkan betapa besar jangkauann­ya.

Junz juga berkata kementeria­nnya membantu memperkasa usahawan tempatan sedia ada yang menghasilk­an minuman etnik tempatan seperti lihing.

“Produk ini perlu dibungkus dengan betul dan dengan kualiti yang konsisten supaya ia boleh dipasarkan sebagai produk pelanconga­n yang serupa dengan ‘sake’ di Jepun dan ‘soju’ di Korea.

“Marilah kita bekerjasam­a untuk Sabah yang lebih baik. Jika ada sesiapa yang mempunyai cadangan bagaimana memperbaik­i produk tempatan, hubungi kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia