Utusan Borneo (Sabah)

Digi lancar ciri pengurusan data mudah alih baharu untuk Android

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SUBANG JAYA: Digi Tele c o m mu ni cat ion s Sdn Bhd (Digi) merupakan antara penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi pertama di dunia telah melancarka­n ciri baharu Android bagi memudahkan pelanggan menguruska­n penggunaan data mudah alih mereka.

Ciri pengurusan data mudah alih terbaharu ini adalah hasil kolaborasi antara Google dan Kumpulan Telenor, dengan kerjasama Digi, dan boleh didapati menerusi fungsi Pelan Data Mudah Alih baharu di Android.

Pelanggan Digi yang mempunyai sistem operasi Android 4.0 atau terkini boleh menguruska­n pelan data mudah alih dan menerima notifikasi terkini mengenai status pelan data masingmasi­ng. Mereka juga boleh meneliti serta membeli tawaran data yang relevan dengan mereka, secara terus daripada tetapan Android tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

Ketua iTelco Digi How Lih Ren berkata, Digi sentiasa mencari peluang untuk menjalin lebih banyak kerjasama dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat perkhidmat­an terbaik daripada pelan dan peranti mudah alih mereka.

“Kami amat teruja apabila menjadi salah satu daripada dua syarikat telekomuni­kasi pertama di dunia yang melancarka­n ciri pengurusan data mudah alih ini di pasaran masing-masing. Digi yakin pelanggan kami yang terdiri daripada pengguna peranti Android akan dapat merasai pengalaman lebih baik dalam menguruska­n penggunaan data mudah alih mereka.

“Memandangk­an ciri ini boleh diakses secara langsung menerusi tatapan telefon, pelanggan dapat menikmati servis tanpa henti dengan gangguan pada kadar minimum. Dengan kebolehan mengemaski­ni pelan data dan membuat pembelian terus menerusi antaramuka pengguna Android, pelanggan bakal menikmati pengalaman penggunaan internet yang lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Industri Google Malaysia Bahagian Teknologi dan Telekomuni­kasi Su Ann Lim berkata memberi tawaran pengalaman yang hebat kepada pengguna adalah penting dalam setiap usaha dan produk yang mereka ketengahka­n.

“Dengan adanya ciri Pelan Data Mudah Alih dalam Android yang dibawakan kepada rakyat Malaysia oleh Digi dan Google, pengguna kini dapat menguruska­n data mudah alih dan pelan harga mereka secara digital dengan lebih mudah,” jelasnya.

Digi kini sedang menjalanka­n fasa percubaan bersama sebahagian daripada pelanggan yang merupakan pengguna Android dan akan melancarka­n ciri baharu ini kepada semua pelanggan secara berperingk­at.

Pada tahun 2016, Telenor dan Google bekerjasam­a dalam membina API Pelan Data Mudah Alih, di mana pelanggan Tele n o r di Thailand dan Malaysia akan mendapat notifikasi apabila mereka hampir mencapai penghujung kuota data mereka semasa menonton video menerusi aplikasi YouTube.

Selain itu, API Pelan Data Mudah Alih ini juga membolehka­n mereka membeli data secara terus melalui antaramuka pengguna itu dengan mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia