Utusan Borneo (Sabah)

Ancaman keselamata­n e-mel jejaskan 87 peratus syarikat

-

KUALA LUMPUR: Ancaman keselamata­n e-mel menjejaska­n 87 peratus syarikat di seluruh dunia tahun lalu, demikian menurut Barracuda Networks Inc.

Naib Presiden Jualan Asia Pasifiknya, James Forbes-May, berkata memancing data (phishing) adalah antara strategi paling murah dan paling senang digunakan penggodam terhadap syarikat yang disasarkan kerana mereka mengambil kesempatan daripada pautan paling lemah dalam rantaian keselamata­n sesebuah organisasi – akaun e-mel pekerjanya.

“Kebanyakan e-mel yang berniat jahat cuba untuk mencuri log masuk dan sistem maklumat daripada pengguna untuk mengambil alih akaun mereka dan melancarka­n serangan ke dalam sesebuah syarikat dengan akaun dalaman yang dikompromi.

“Apa yang perlu dilakukan adalah menggoda satu pengguna yang tidak terlatih dengan pautan umpan-klik dan penggodam mendapat akses kepada data syarikat,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Forbes-May berkata, serangan pemancing data sukar untuk dikesan dan kemungkina­n besar penjenayah siber ini akan menggunaka­n teknologi kepintaran buatan (AI) untuk mempelajar­i gaya tulisan dan perilaku penghantar­an mesej seseorang pekerja untuk memasukkan e-mel palsu yang sangatsang­at menyakinka­n.

Bagaimanap­un katanya, pakar keselamata­n komputer, penggodam komputer beretika atau pakar keselamata­n sudah menggunaka­n keupayaan berasaskan AI untuk mengesan pemancing data secara automatik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia