Utusan Borneo (Sabah)

Strategi MITI berjaya tarik pelaburan RM1.9 trilion

-

KUALA LUMPUR: Strategi yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MITI berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmat­an dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitka­n sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdaganga­n Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuha­n tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997. “Pencapaian memberangs­angkan ini mampu dicapai menerusi penyelaras­an dan kerjasama padu yang terjalin antara MITI dan kementeria­n serta agensi lain.

“Langkah penyusunan semula kementeria­n barubaru ini juga bertujuan memperkuku­h peranan dan sistem penyampaia­n kerajaan untuk menangani masalah pertindana­n fungsi,” kata kementeria­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia