Utusan Borneo (Sabah)

Pelanggan bank berpeluang memenangi lebih RM3.6 juta sempena pelancaran DuitNow

-

KUALA LUMPUR: Sempena pelancaran DuitNow, perkhidmat­an pembayaran elektronik yang dibangunka­n menerusi kerjasama beberapa tahun oleh Payments Network Malaysia (PayNet) dan bankbank Malaysia, pelanggan bank kini boleh menyertai peraduan yang menjanjika­n hadiah hebat bernilai lebih RM3.6 juta.

Peraduan ini akan berlangsun­g mulai 8 Januari hingga 31 Mei 2019 dan pemenang akan dipilih sepanjang tempoh lima bulan, kata PayNet semalam.

Ia berkata, setiap pemindahan dana DuitNow ke nombor mudah alih unik atau DuitNow ID setiap hari akan dikira sebagai satu penyertaan peraduan.

“Pelanggan yang sebelum ini telah mendaftar atau mendaftar awal untuk perkhidmat­an pembayaran elektronik sudah layak untuk peaduan ini dan boleh meneruskan untuk mendapat penyertaan peraduan dengan menghantar wang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Peter Schiesser dalam satu kenyataan.

Hadiah hebat itu termasuk sebuah rumah bernilai RM1 juta, hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta, sebuah Mercedes-Benz GLC 200, sebuah Mercedes-Benz A 200, lima kad hadiah IKEA RM20,000 untuk membelibel­ah dan satu pakej percutian Malaysia Airlines bernilai RM100,000.

“DuitNow memberi lonjakan kuantum dalam cadangan nilai e-Pembayaran dengan membuat bayaran dengan cepat, tanpa geseran dan mudah diakses untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami berharap peraduan ini akan menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia mendapat kemudahan menakjubka­n untuk menghantar wang dan membuat bayaran dengan DuitNow,” kata Schiesser.

Pelanggan boleh menghantar wang dengan serta-merta setiap masa ke DuitNow ID seperti nombor telefon mudah alih, MyKad atau nombor pendaftara­n perniagaan hanya dengan mengakses menu ‘pemindahan dana’ di saluran perbankan Internet dan perbankan mudah alih masing-masing.

“Dengan pelancaran DuitNow, bank-bank akan mula beralih daripada Pemindahan Segera (e-IBFT), yang berasaskan teknologi yang sudah wujud berdekadde­kad lamanya kepada platform DuitNow dan peralihan itu dijangka selesai menjelang Jun 2019.

“Berbanding Pemindahan Segera, platform baru ini mempunyai fleksibili­ti untuk menyokong fungsi masa depan yang baru seperti pembayaran QR (kod tindak balas cepat), transaksi permintaan untuk membayar, debit segera serta muatan pesanan yang dipertingk­at untuk perniagaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia