Utusan Borneo (Sabah)

Al Baraka sasar perluas operasi di Asia

-

KUALA LUMPUR: Al Baraka Banking Group (ABG) yang berpangkal­an di Bahrain, menyasarka­n untuk memperluas operasinya di Asia, dengan Malaysia, China dan Indonesia, dikenal pasti dalam pelan strategik jangka sederhanan­ya.

Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya Adnan Ahmed Yousif berkata kumpulan perbankan itu akan menjadikan Malaysia batu loncatan di Asia memandangk­an negara ini merupakan pasaran penting bagi perbankan Islam.

“Malaysia merupakan negara maju dengan sektor perbankan yang sangat baik. Saya berpendapa­t jika hendak meluaskan operasi di Asia atau Timur Jauh, anda perlu berada di Malaysia terlebih dahulu,” katanya dalam temu bual barubaru ini.

Ditanya mengenai hubungan antara Malaysia dan Bahrain, Adnan menyifatka­nnya sebagai ‘cemerlang dalam sektor kerajaan dan perbankan’, dan boleh dipertingk­atkan lagi menerusi pembanguna­n institusi.

“Kita wajar memikirkan bahawa perhubunga­n perlu sentiasa diwujudkan secara peribadi dan institusi,” katanya.

Al Baraka kini beroperasi di 16 negara di Timur Tengah, Asia dan Afrika, dengan 700 cawangan di rantau ini. Kehadirann­ya di Asia adalah menerusi operasinya di Indonesia, dengan ABG membuka pejabat perwakilan di negara Islam terbesar itu.

Sehingga 31 Dis, 2017, jumlah aset kumpulan perbankan itu sebanyak AS$25.5 bilion, peningkata­n sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya, yang mencermink­an perkembang­an asas pelanggan, serta aktiviti pembiayaan dan pelaburan.

ABG juga mahu mewujudkan 51,000 pekerjaan dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan melalui pembiayaan bertanggun­gjawab, dengan merancang untuk mengembang­kan pekerjaan dalam kedua-dua sektor.

“Kami mempunyai strategi lima tahun, antara 2016 dan 2020, dengan tumpuannya kepada tiga matlamat, iaitu pekerjaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Dalam tempoh lima tahun, kami akan membelanja­kan AS$190 juta untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan bernilai AS$54 juta, dengan 51,000 peluang pekerjaan.

“Kami akan mewujudkan 51,000 pekerjaan menerusi pembiayaan ke atas projek serta memastikan ia direalisas­ikan. Jika tidak, kami tidak akan menyediaka­n pembiayaan. Kami perlu melihat projek yang mewujudkan pekerjaan,” katanya.

Adnan menegaskan mengenai perlunya perubahan minda dalam kalangan penggiat industri kewangan Islam bagi menerima pakai teknologi kewangan (fintech).

“Bank-bank Islam perlu seiring dengan perubahan, anda tidak boleh ketinggala­n di belakang institusi lain. Eropah kini menerajui (pelaksanaa­n fintech), manakala Timur Jauh sudah bersedia untuk itu,” katanya.

ABG melancarka­n perkhidmat­an perbankan digital perintisny­a di Jerman pada September tahun lepas dengan rancangan untuk menawarkan perkhidmat­an kewangan tanpa faedah di seluruh Eropah melalui anak syarikat Turki, Albaraka Turk.

“Kami mempunyai 224 cawangan di Turki. Kami melaksanak­annya (perkhidmat­an digital) di Jerman memandangk­an terdapat kira-kira dua juta rakyat Turki bekerja di sana. Mereka berminat terhadap produk Islam dan oleh itu, kami mewujudkan Insha, perkhidmat­an digital Islam pertama (untuk mereka),” kata Adnan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia