Utusan Borneo (Sabah)

Fusionex jadi hos lawatan CEC ke Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi, Fusionex Internatio­nal, menganjurk­an majlis lawatan Kelab Usahawan China (CEC) ke pejabatnya di Petaling Jaya, dengan tujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat dan meninjau peluang kerjasama antara Malaysia dan China.

Fusionex, dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menerima kedatangan delegasi China yang diketuai presiden kelab tersebut yang juga bekas presiden China Merchants Bank, Ma Weihua dan merupakan satu-satunya syarikat teknologi di Malaysia yang menganjurk­an lawatan CEC ke negara ini.

Di China, CEC merupakan platform utama bagi pemimpin-pemimpin perniagaan yang mana pengerusin­ya adalah Jack Ma, Pengerusi Eksekutif bagi Kumpulan Alibaba.

Pada majlis itu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Datuk Seri Ivan Teh menyampaik­an ucapan pembukaan manakala Weihua menyampaik­an ucap tama.

Antara topik yang dibincangk­an semasa kunjungan tersebut adalah bagaimana syarikat Malaysia dan China boleh bekerjasam­a untuk memperbaik­i dan meningkatk­an pelaburan dua hala.

Di samping itu, pelbagai sektor telah dikenal pasti di mana hubungan rapat dapat dibentuk seperti pertukaran kebudayaan, perdaganga­n dua hala, perjalanan dan pelanconga­n, teknologi, dan program pertukaran.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi CEC telah dibentangk­an dengan gambaran keseluruha­n mengenai Fusionex dan Malaysia, dengan mengetenga­hkan bagaimana Fusionex dapat membantu menyediaka­n penawaran dan teknologi mereka untuk membantu perniagaan China.

Teh berkata mereka berharapka­n peluang kerjasama pada masa depan dengan CEC dan percaya China dan Malaysia boleh mendapat manfaat besar daripada penggunaan teknologi strategik.

Sementara itu, Weihua berkata syarikat-syarikat harus mula menggunaka­n Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajar­an Mesin, dan Analisis Data Raya bagi mewujudkan ekosistem yang lebih pintar untuk tidak hanya kekal kompetitif tetapi berkembang maju pada masa akan datang.

CEC yang ditubuhkan oleh 31 usahawan berpengaru­h, pakar ekonomi, dan diplomat terkemuka China juga merupakan hab bagi pertukaran keusahawan­an, kerjasama, dan kolaborati­f antarabang­sa China.

Fusionex adalah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhusus­kan diri dalam Analisis, Data Raya, Internet Pelbagai Kegunaan (IoT), Mesin Pembelajar­an dan Kecerdasan Buatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia