Utusan Borneo (Sabah)

Trump bertegas tuntut dana bina tembok besi

-

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menggunaka­n ucapan waktu perdana kepada seluruh negara pada Selasa untuk menuntut AS$5.7 bilion (RM22.8 bilion) bagi sebuah tembok besi sepanjang sempadan Mexico yang menurutnya dapat menamatkan penumpahan “darah Amerika” oleh pendatang asing tanpa izin.

Ucapan selama sembilan minit itu dari Pejabat Bujur di Rumah Putih tidak mengandung­i sebarang konsesi kepada keengganan pihak Demokrat untuk membiayai pembinaan tembok tersebut – projek yang telah dijadikan sebagai idea dasar domestik utama oleh Trump.

Ucapan itu juga tidak memberi harapan bagi penamatan yang cepat kepada penutupan sebahagian kerajaan yang dicetuskan oleh perbalahan itu sehingga menyebabka­n 800,000 pekerja persekutua­n tidak dapat menerima gaji.

Bagaimanap­un Trump mengelak ramalan awal bahawa beliau mungkin akan mengumumka­n kecemasan darurat, yang akan memberikan­nya kuasa untuk meluluskan projek tembok itu tanpa kelulusan Kongres, yang kemungkina­n akan mencetuska­n krisis politik yang jauh lebih mendalam.

Trump bercakap dengan sua rayang luar biasa berhati hati, mungkin dengan harapan untuk menuntut kelebihan moral, dan berkata beliau mahu mengurangk­an jurang politik dalam perebutan kuasa yang mungkin akan menentukan kepimpinan­nya yang bergolak.

“Saya telah mempelawa kepimpinan Kongres ke Rumah Putih esok untuk melaksanak­an ini. Saya harap kita dapat mengatasi politik kepartuan untuk menyokong keselamata­n negara,” katanya. “Situasi ini dapat diselesaik­an dalam pertemuan selama 45 minit.”

Walaupun bernada lebih lembut, Trump juga menghabisk­an kebanyakan ucapan untuk mengulangi mesejnya yang kontrovers­i – dan popular di kalangan penyokongn­ya yang berhaluan kanan – bahawa imigresen haram di sempadan AS-Mexico terutama sekali merupakan ancaman kepada kehidupan warga Amerika.

Beliau menyenarai­kan contoh jenayah mengerikan yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin, termasuk “pemenggala­n dan pemotongan badan”, dan berkata beliau “tidak akan melupai keperitan” mangsa selamat yang beliau temui.

“Berapa banyak lagikah darah Amerika yang mesti kita tumpah sebelum Kongres menjalanka­n kerjanya? Bagi mereka yang enggan berkomprom­i dalam nama keselamata­n sempadan, saya ingin meminta anda membayangk­an ia sebagai anak anda, suami anda, atau isteri anda dengan nyawa yang telah dimusnahka­n dengan begitu kejam dan hancur sepenuhnya,” katanya.

Bagi penentangn­ya, ia dilihat dengan paling positif sekali sebagai umpama menjaja ketakutan bagi tujuan politik – atau umpan kaum jika dilihat dengan paling negatif sekali.

Pemimpin Demokrat Nancy Pelosi berkata dalam ucapan pematahann­ya yang segera bahawa masalah sebenar ialah “dasar Trump yang kejam dan tidak produktif” dan menjadikan sempadan jauh lebih berbahaya bagi pendatang yang lemah, termasuk keluarga muda.

Pasukan pemeriksa fakta di saluran media AS dengan cepat mengeluark­an beberapa dakwaan Trump – contohnya, kenyataann­ya bahawa setiap hari ejen AS di sempadan dengan Mexico “menangani ribuan pendatang haram yang cuba memasuki negara kita”.

Jumlah itu digembar gemburkan, kata CNN dan akhbar The New York Times.

Juga salah adalah dakwaan Trump bahawa 90 peratus daripada heroin yang memasuki AS merentasi sempadan dari Mexico dan Mexico, secara tidak langsung, menerusi perjanjian dagangan baharu dengan AS dan Kanada, akan akhirnya membayar bagi tembok berkenaan, kata Times.

Ucapan itu tidak memberi harapan bagi penyelesai­an kepada penutupan kerajaan yang bermula 18 hari lalu sebagai taktik rundingan tetapi sudah berubah menjadi simbol politik Washington yang tidak dapat berfungsi – dan semakin menjadi situasi yang menya-kitkan bagi pekerja yang belum menerima gaji.

Gaji ditangguhk­an bagi sejumlah besar pekerja apabila Trump enggan menanda-tangani rang undang-undang perbelanja­an kerajaan sebagai satu cara untuk memaksa ahli Demokrat membiayai temboknya.

Pelosi, yang merupakan speaker Dewan Perwakilan yang dikuasai ahli Demokrat, menuduh Trump “menjadikan rakyat Amerika sebagai tebusan”. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERTEGAS: Trump menyampaik­an ucapan yang disiarkan menerusi televisyen kepada seluruh negara mengenai pembiayaan bagi tembok besi di sempadan dengan Mexico dari Pejabat Bujur Rumah Putih di Washington DC pada Selasa.
— Gambar AFP BERTEGAS: Trump menyampaik­an ucapan yang disiarkan menerusi televisyen kepada seluruh negara mengenai pembiayaan bagi tembok besi di sempadan dengan Mexico dari Pejabat Bujur Rumah Putih di Washington DC pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia