Utusan Borneo (Sabah)

Remaja lari dari Arab Saudi adalah pelarian sah: UNHCR

Minta Australia mempertimb­angkannya bagi penempatan semula pelarian

-

SYDNEY: Pesuruhjay­a Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mendapati seorang gadis remaja yang lari dari Arab Saudi adalah seorang pelarian yang sah dan meminta Australia untuk menerimany­a, kata pegawai di Canberra pada Rabu.

“UNHCR telah merujuk Cik Rahaf Mohammed Al-Qunun kepada Australia untuk pertimbang­an bagi penempatan semula pelarian,” Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri mengesahka­n dalam satu kenyataan.

Keputusan itu menandakan kemenangan yang signifikan bagi gadis berusia 18 tahun itu, yang kini berada di Bangkok di mana menurutnya pihak berkuasa Thailand cuba menghalang­nya daripada melakukan penerbanga­n ke Australia untuk menuntut suaka.

Jabatan hal ehwal dalam negeri berkata ia akan “menimbang rujukan ini dengan cara yang biasa, seperti apa yang ia buat dengan semua rujukan UNHCR”.

Pegawai Australia telah memberikan bayangan yang jelas bahawa permohonan Qunun akan diterima.

“Jika dia didapati seorang pelarian, maka itu kami akan memberi pertimbang­an yang sangat, sangat, sangat serius kepada visa kemanusiaa­n,” kata Menteri Kesihatan Greg Hunt sebelum ketentuan PBB diumumkan.

Qunun telah mendokumen­kan cubaannya untuk lari daripada keluargany­a yang dikatakan menderanya dengan maklumat terkini setiap minit dalam media sosial.

Nasibnya menarik perhatian umum apabila dia mengurung diri dalam sebuah bilik hotel lapangan terbang di Bangkok untuk mengelak daripada dihantar pulang ke negara asalnya dan berkongsi puluhan mesej yang penuh ketakutan namun ingkar dalam talian dengan menegaskan tentang haknya untuk mendapatka­n suaka.

Rakaman video yang dipaparkan dalam Twitter oleh seorang aktivis hak asasi manusia dari Arab Saudi kelihatan menunjukka­n seorang pegawai Arab Saudi yang mengadu bahawa pihak berkuasa Thai sepatutnya menyita telefon pintar Qunun.

“Ketika dia tiba, dia membuka akaun (Twitter) baharu dan pengikutny­a berkembang kepada 45,000 dalam satu hari,” katanya dalam bahasa Arab.

“Ia pasti lebih baik jika mereka menyita telefon bimbitnya dan bukan pasportnya.”

AFP tidak dapat menghubung­i pihak berkuasa Arab Saudi untuk mendapatka­n kenyataan tentang rakaman itu.

Arab Saudi mempunyai beberapa sekatan paling ketat di dunia ke atas wanita, termasuk sistem penjaga yang memboleh-kan anggota keluarga lelaki untuk membuat keputusan bagi pihak anggota keluarga wanita. — AFP

Pegawai Australia telah memberikan bayangan yang jelas bahawa permohonan Qunun akan diterima. Jabatan hal ehwal dalam negeri berkata ia akan “menimbang rujukan ini dengan cara yang biasa, seperti apa yang ia buat dengan semua rujukan UNHCR.

 ?? — Gambar AFP ?? Gambar serahan ini yang diambil dan dikeluarka­n oleh Biro Imigresen Thailand pada 7 Januari lepas menunjukka­n Qunun (tengah) diiringi seorang pegawai imigresen Thai (kanan) dan pegawai UNHCR di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi di Bangkok, Thailand.
— Gambar AFP Gambar serahan ini yang diambil dan dikeluarka­n oleh Biro Imigresen Thailand pada 7 Januari lepas menunjukka­n Qunun (tengah) diiringi seorang pegawai imigresen Thai (kanan) dan pegawai UNHCR di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia