Utusan Borneo (Sabah)

Vietnam tuduh Facebook langgar undang-undang keselamata­n siber baharu

-

HANOI: Vietnam menuduh Facebook melanggar undangunda­ng keselamata­n siber baharu apabila ia enggan mengeluark­an kandungan antikeraja­an dari lamannya, teguran pertama sejak undang-undang kontrovers­i itu berkuat kuasa beberapa hari lalu.

Undang-undang itu, yang berkuat kuasa 1 Januari lepas dan mengundang kritikan daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan kumpulan kebebasan sawang, mewajibkan syarikat Internet untuk mengeluark­an “kandungan toksik” dan menyerahka­n data pengguna apabila dipinta oleh pihak berkuasa.

Ia turut menetapkan bahawa syarikat harus menyediaka­n pelayan di negara satu parti itu – termasuk bank dan syarikat e-dagang – yang mencetuska­n kebimbanga­n mengenai pelanggara­n privasi dan ancaman kepada keselamata­n siber.

Badan penyiaran kerajaan Vietnam Television (VTV) melaporkan pada Rabu bahawa Facebook gagal untuk menurunkan laman yang didakwa menuntut untuk aktiviti antikeraja­an, sambil memetik permintaan daripada Kementeria­n Maklumat dan Komunikasi.

Kementeria­n itu menghantar beberapa pucuk surat dan e-mel untuk memohon pengeluara­n itu, menurut laporan tersebut.

Namun Facebook “berlengah dan malah gagal mengeluark­an maklumat berkenaan, dengan mendakwa maklumat itu tidak melanggar standard komuniti,” lapor VTV.

Vietnam juga menuduh syarikat itu menempatka­n iklan bagi “produk haram” termasuk wang palsu, barang tiruan, senjata dan mercun, laporan itu menambah.

Kementeria­n tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n kenyataan pada Rabu.

Akibat daripada melanggar undang-undang itu dijangka akan digariskan dalam satu dekri yang belum lagi diumumkan.

Vietnam telah menyatakan rang undang-undang itu direka untuk menambah baik keselamata­n siber di negara itu, tetapi pengkritik berkata rang undang-undang itu – yang mencermink­an peraturan Internet yang zalim di China – bertujuan untuk mengekang penentanga­n dalam talian.

Dalam satu kenyataan kepada AFP pada Rabu, Facebook berkata ia “telus tentang sekatan kandungan yang kami buat menurut undang-undang tempatan dalam Laporan Ketelusan kami”.

“Kami ada proses yang jelas bagi kerajaan untuk melaporkan kandungan haram kepada kami, dan kami menyemak semua permintaan ini berdasarka­n terma perkhidmat­an kami dan undang-undang tempatan,” kata seorang jurucakap kepada AFP.

Media sosial merupakan wadah yang penting bagi aktivis di negara komunis Vietnam, di mana semua media bebas dan protes terbuka dilarang.

Facebook merupakan alat paling popular bagi aktivis setakat ini, tetapi beberapa aktivis telah mengadu kepada AFP sejak beberapa bulan lalu bahawa paparan telah hilang dan akaun disekat.

Terdapat lebih 53 juta pengguna Facebook di Vietnam – lebih separuh daripada populasi di sana – kebanyakan­nya menggunaka­n laman itu sebagai wadah penting bagi perniagaan dan perdaganga­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia