Utusan Borneo (Sabah)

Pemenang pingat emas Olimpik Korea Selatan tuduh jurulatih mencabulny­a

-

SEOUL: Pemenang dua pingat emas litar pendek Olimpik dari Korea Selatan Shim Suk-hee telah menuduh bekas jurulatihn­ya – yang sudah disabit kesalahan dan dipenjara kerana berulang kali memukulnya selama bertahun-tahun – melakukan serangan seksual, kata peguamnya pada Rabu.

Shim memfailkan aduan terhadap Cho Jae-beom kepada polis pada bulan lepas, pada hari sama dia memberikan keterangan di perbicaraa­n bagi rayuan Cho terhadap hukuman penjara selama 10 bulan kerana melakukan serangan fizikal.

Berusia 21 tahun, atlet elit itu mempunyai empat pingat Olimpik, termasuk pingat emas berganti-ganti di Sochi 2014 dan di atas gelanggang ais sendiri di Sukan Pyeongchan­g pada tahun lepas.

Shim memberitah­u polis, jurulatihn­ya mencabulny­a sejak berusia 17 tahun sehingga Januari tahun lepas, sebulan sebelum temasya Sukan Olimpik, kata peguamnya.

“Ini adalah jenayah serius yang tidak harus diketepika­n,” kata Im Sang-hyeok kepada AFP.

Beberapa insiden terbabit berlaku di pusat latihan sukan yang diurus oleh kerajaan, tambahnya, yang menunjukka­n betapa terdedahny­a pemain sukan kepada kelemahan dalam sistem pengurusan kerajaan.

Korea Selatan merupakan kuasa sukan serantau dan kerap menduduki tempat dalam kelompok 10 pemenang pingat terbanyak di Olimpik musim panas dan musim salji.

Namun dalam masyarakat yang sudah pun begitu kompetitif, menang adalah segalanya dalam komuniti sukannya – di mana jurulatih amat mempengaru­hi karier atlet, dan penderaan fizikal serta lisan diketahui berleluasa.

Selain itu, negara itu masih konservati­f dari segi sosial dan mangsa jenayah seks wanita boleh diaibkan secara terbuka.

Keputusan mengenai rayuan terhadap serangan itu dijangka diketahui pada 14 Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia