Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan dagangan AS-China berlanjuta­n ke hari ketiga

-

BEIJING: Perunding Amerika Syarikat (AS) dan China melanjutka­n run-dingan perang dagangan ke hari ketiga pada Rabu, dan Presiden Donald Trump mendakwa perbincang­an untuk menyelesai­kan pertikai-an mereka sedang berjalan dengan “sangat baik”.

Delegasi AS sudah ber-ada di Beijing sejak Isnin lepas untuk rundingan meja pertama sejak Trump dan pemimpin China Xi Jinping menyetujui gencatan perang dagangan selama tiga bulan pada 1 Disember lalu.

Pasaran Asia naik ekoran keyakinan yang meningkat bahawa keduadua pihak dijangka dapat mencapai persetujua­n sebelum tarikh akhir pada Mac dan meng-elak kenaikan tarif import seterusnya.

“Rundingan dengan China sedang berjalan dengan sangat baik!” Trump tweet selepas rundingan hari kedua pada Selasa.

Delegasi AS, yang diketuai Timbalan Wakil Dagangan Jeffrey Gerrish, sebelum ini dijadual menamatkan lawatannya pada Selasa.

Namun seorang pegawai kerajaan AS yang enggan dikenali memberitah­u AFP “rundingan dagangan itu diteruskan pada Rabu” tanpa memberikan maklumat lanjut.

Washington telah menun-tut ditamatkan apa yang ia dakwa sebagai pemindahan paksaan – dan malah pencurian – teknologi AS, selain subsidi kerajaan yang begitu tinggi untuk syarikat China.

Pentadbira­n Trump juga mahu Beijing membeli lebih banyak barangan AS untuk mengurangk­an jurang dagangan yang begitu luas dan membenarka­n akses yang lebih baik kepada pasaran China bagi pemain asing.

Pegawai China mahupun AS belum lagi memberikan sebarang maklumat me-ngenai perbincang­an itu.

Setiausaha Perdaganga­n AS Wilbur Ross mem- bayangkan dalam satu wawancara CNBC pada Isnin lepas bahawa “peluang sa-ngat bagus” bagi mencapai persetujua­n.

Ekonomi China lebih terdedah kepada kesan negatif daripada perang dagangan, menurutnya, kerana Beijing mengekspor­t lebih banyak barangan ke AS berbanding sebaliknya.

“Saya rasa persetujua­n berkemungk­inan besar akan dicapai dan saya telah mendengar kata-kata yang sangat menggalakk­an,” kata ketua eksekutif Apple, Tim Cook, kepada CNBC.

“Saya sudah tentulah tidak bercakap bagi pihak mereka,” kata Cook yang merujuk kepda pentadbira­n Trump. “Saya ada bercakap dengan mereka dan saya memberikan idea dan buah fikiran saya kepada mereka.”

Pembuat telefon pintar AS itu merasai kesannya daripada perbalahan daga-ngan yang menyakitka­n, dan memberi amaran bahawa hasil pendapatan pada 2018 mungkin tidak akan dapat menepati ramalan – pada amnya kerana penurunan jualan iPhone di China.

Gencatan perang dagangan diadakan buat sementara waktu selepas kedua-dua pihak mengenakan duti import ke atas barang satu sama lain yang bernilai lebih AS$300 bilion (RM1.2 trilion).

Tanpa penyelesai­an, kadar duti AS ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (RM800 bilion) dijangka naik kepada 25 peratus daripada 10 peratus pada 2 Mac.

Pusingan dagangan sekarang kebetulan diadakan pada waktu lawatan yang tidak diumumkan oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, yang tiba di Beijing pada Selasa untuk mengadakan rundingan dengan Xi di Beijing sebelum pertemuan kedua kemungkina­n diadakan antara Kim dan Trump.

China – sumber dagangan utama dan sekutu diplomatik tunggal Pyongyang – berkata ia tidak akan menggunaka­n lawatan Kim sebagai alat tawar-menawar dalam run-dingan dagangan dengan AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia