Utusan Borneo (Sabah)

Pertempura­n baharu di Myanmar cetus panik di kalangan pelarian Rohingya

-

BANDARBAN: Panik menyelubun­gi ribuan pelarian Rohingya yang tinggal di kawasan berkecuali dekat sempadan M ya n m a r Bang l a d e s h, selepas pertelingk­ahan harian berlaku antara pasukan keselamata­n Myanmar dengan pemberonta­k etnik Rakhine.

Ratusan ribu orang Rohingya sudah meninggalk­an Myanmar sejak operasi ke-tenteraan bermula pada 2017 – kebanyakan­nya ke kem pelarian yang luas dan besar di Bangladesh – tetapi ramai tinggal dalam keadaan tergantung di sempadan, kerana tidak sanggup memasuki kem tersebut atau pulang ke Myan-mar.

Mereka kini terperangk­ap dalam peperangan antara tentera Myanmar dengan Tentera Ara-kan, sebuah kumpulan militan yang menuntut autonomi lebih untuk populasi majoriti pengikut Buddha di negeri barat Rakhine.

“Pertempura­n sengit sedang berlaku antara tentera kerajaan dengan Tentera Arakan di dalam Myanmar,” kata ketua Rohingya, Dil Mohammad, kepada AFP.

“Situasi sangat tegang,” katanya, dan menambah pe-ningkatan kawalan keselamata­n dan pertempura­n harian telah mencetuska­n “panik”.

Tentera Myanmar pada minggu lepas mendirikan kem keselamata­n dan ‘bunker’ di sepanjang sempadan selepas pertempura­n mengorbank­an 13 anggota polis.

Sebahagian pembenteng­an terletak bersebelah­an dengan pagar sempadan yang menelusuri sebatang anak sungai, dan berhadapan dengan teratak yang didirikan oleh kira-kira 4,500 orang Rohingya yang tinggal di genting yang sempit berkenaan.

Ketua masyarakat pelarian Nur Alam berkata bunyi tembakan kerap kedengaran selepas senja di seberang sempadan.

“Setiap malam, ia semakin dekat. Pengawal sempadan Myanmar telah mendirikan 10 pos baharu dekat kem kami. Ia sangat meresahkan,” katanya kepada AFP.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada Rabu, Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) berkata ia “amat bimbang” mengenai situasi di kawasan berkenaan.

Seorang pegawai Bangladesh berkata mereka tahu tentang ketegangan di sempadan.

“Kami akan bercakap dengan pihak berkuasa yang relevan bagi membincang­kan perkara yang perlu dibuat,” kata pentadbir tempatan Kamal Hossain.

Orang Rohingya di Myanmar yang mempunyai majoriti pengikut Buddha sudah mengalami penindasan selama berdekad-dekad. Negeri barat Rakhine yang daif khususnya diselubung­i kebencian agama dan etnik yang mendalam.

Pelarianya­ngberpusu-pusu memasuki Bangladesh telah memperinci­kan pembunuhan beramai-ramai, pembakaran dan kejadian rogol di tangan tentera Myanmar dan perusuh yang beragama Buddha. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL: Dalam gambar fail ini yang diambil pada 24 Ogos lalu, polis pengawal sempadan Myanmar meronda di sekitar pagar zon kawasan berkecuali antara Myanmar dengan sempadan Bangladesh seperti dilihat dari Maungdaw, negeri Rakhine sewaktu lawatan yang dianjurkan oleh kerajaan untuk wartawan pada 24 Ogos lalu.
— Gambar AFP KAWAL: Dalam gambar fail ini yang diambil pada 24 Ogos lalu, polis pengawal sempadan Myanmar meronda di sekitar pagar zon kawasan berkecuali antara Myanmar dengan sempadan Bangladesh seperti dilihat dari Maungdaw, negeri Rakhine sewaktu lawatan yang dianjurkan oleh kerajaan untuk wartawan pada 24 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia