Utusan Borneo (Sabah)

Kesan negatif Brexit terhadap UK, zon Eropah mungkin melimpah: Pegawai Bank Dunia

-

LONDON: Brexit tidak teratur merupakan antara ancaman politik yang tidak diketahui kepada ekonomi global, dan berpotensi membahayak­an bukan sahaja ekonomi Britain malah ekonomiEro­pahsertaek­onomi negara jiran yang bergantung kepada zon Eropah, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai Bank Dunia.

Skala kerosakan yang boleh disebabkan oleh Brexit tidak teratur Britain daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak dapat diukur buat masa ini, kata Franziska Ohnsorge, Pengurus Kumpulan Prospek Pembanguna­n Bank Dunia kepada pemberita dalam satu taklimat di sini pada Selasa.

“Brexit adalah satu risiko kepada pertumbuha­n UK (United Kingdom), namun Brexit tidak teratur merupakan satu ancaman kepada pertumbuha­n di Eropah dan banyak negara yang amat bergantung kepada kawasan Eropah untuk perdaganga­n,” kata Ohnsorge.

“Pihak yang paling bergantung kepada perdaganga­n dengan kawasan Eropah ialah timur Eropah seperti Bulgaria dan Georgia serta Afrika Utara.”

Ohnsorge berkata dua risiko utama kepada pertumbuha­n ekonomi global pada 2019 ialah “gangguan pasaran kewangan tidak teratur dan dasar atau ketidakpas­tian politik yang boleh memberi kesan kepada gangguan pasaran kewangan,” sambil menambah bahawa Brexit adalah antara ancaman yang berpotensi terhadap kestabilan.

“Sekiranya ada sesuatu yang menjejaska­n pertumbuha­n kawasan Eropah, ia akan dirasai dalam pasaran memuncul. Ia adalah satu risiko kepada pasaran memuncul dan pertumbuha­n ekonomi memba-ngun,” katanya.

Ohnsorge berkata demikian pada pelancaran ulasan tahunan ekonomi dunia, Global Economic Prospects, dan beliau merupakan pengarang utama laporan itu.

Ohnsorge berkata pertumbuha­n Britain pada 2018 kini dijangka perlahan kepada 1.3 peratus dan bagi 2019, beliau meramalkan pertumbuha­n sebanyak 1.4 peratus.

Menurut Global Economic Prospect, pertumbuha­n kawasan Eropah dijangka sebanyak 2.5 peratus pada 2019, merosot berbanding 2.9 peratus tahun lepas, terus perlahan pada 2020 kepada 1.7 peratus dan 1.6 peratus pada 2021. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia