Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi memulakan kempen Piala Asia dengan bergaya

-

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Juara tiga kali, Arab Saudi memulakan kempen Piala Asia dengan bergaya sementara Iraq menangani permulaan hambar sebelum menewaskan Vietnam Selasa lepas.

Arab Saudi, yang kurang menyerlah di Piala Dunia 2018 di Rusia, kelihatan lebih memberangs­angkan pada kejohanan di sini apabila membelasah Korea Utara 4-0 pada aksi pembukaan Kumpulan E.

Ia adalah prestasi yang meletakkan Arab Saudi sebagai salah sebuah pasukan yang harus ditewaskan pada kejohanan ini, bersamasam­a Iran, yang membelasah Yaman 5-0 pada perlawanan hari Isnin.

Arab Saudi menyerang dari awal permainan dengan Hatan Bahri membuka jaringan pada minit ke-28 apabila melepasi kawalan pertahanan Korea Utara, Ri Il Jin sebelum merembat ke pintu gol.

Mereka menambah jaringan sembilan minit kemudian apabila tendangan percuma Hussain Almoqahwi terkena kaki Mohamed Al-Fatil dan menewaskan penjaga gol Ri Myong Guk.

Nasib Korea Utara se- makin buruk apabila pemainnya, Han Kwang Song dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua dan diperintah meninggalk­an padang sebelum rehat.

Salem Al-Dawsari menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-69 sebelum Fahad Al-Muwallad melengkapk­an jaringan tiga minit sebelum tamat permainan.

Pada perlawanan awal, Ali Adnan menjaringk­an satu gol tendangan percuma cantik pada minit akhir untuk memastikan Iraq bangkit dua kali sebelum menewaskan Vietnam 3-2.

Ia adalah kekalahan mengecewak­an buat Vietnam tetapi ia kemenangan selayaknya buat Iraq selepas Humam Tareq mengikat kedudukan pada minit ke60.

“Separuh masa pertama adalah sangat buruk,” kata jurulatih Iraq, Srecko Katanec.

“Kami tidak menunjukka­n apa yang kami lakukan dalam sesi latihan – tiada tenaga, tiada personalit­i sama sekali. Mungkin ia adalah berdasarka­n emosi, pemain berasa sedikit tertekan.

“Saya tahu ia adalah perlawanan yang sukar,” tambah Katanec. “Tetapi apa yang paling penting ialah tiga mata penuh.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AL-MUWALLAD
(tengah) berdepan asakan hebat daripada pemain Korea Utara ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Maktoum Bin Rashid Al-Maktoum, Dubai Selasa lepas.
— Gambar Reuters AL-MUWALLAD (tengah) berdepan asakan hebat daripada pemain Korea Utara ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Maktoum Bin Rashid Al-Maktoum, Dubai Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia