Utusan Borneo (Sabah)

Lapan pasukan bersaing merebut Piala Tuanku 2019

-

SEREMBAN: Lapan pasukan menyertai pertanding­an bola sepak Piala Tuanku 2019 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-71.

Setiausaha Pertanding­an Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Nik Shazly Anuar berkata juara bertahan pasukan Kuala Pilah berada dalam Kumpulan A bersama Port Dickson, Jempol dan Tampin, manakala saingan Kumpulan B adalah antara pasukan Gemas, Seremban, Jelebu dan Rembau.

“Pertanding­an antara daerah akan bermula Sabtu ini, manakala perlawanan peringkat separuh akhir pada 2 Feb dan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 16 Feb,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Pertanding­an tahunan anjuran PBNS ini menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk juara, manakala naib johan RM5,000.

“Saya menjangkak­an pertanding­an tahun ini lebih sengit berpanduka­n persiapan setiap pasukan yang menampilka­n ramai pemain muda berbakat selain latihan intensif yang giat dijalankan pasukan masing-masing. Malah, tawaran hadiah wang tunai dijangka menjadi pembakar semangat buat setiap pasukan untuk memperagak­an aksi mantap bagi memburu kemenangan.

“Apapun kejohanan ini bukan sekadar memeriahka­n sambutan Hari Keputeraan baginda Tuanku tetapi landasan mencungkil bakat baharu dan mengetenga­hkan pemain untuk kemajuan bola sepak negeri,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia