Utusan Borneo (Sabah)

Barrett-Baxendale mahu Everton julang kejuaraan liga, beraksi dalam Liga Juara-Juara di Bramley-Moore

-

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Everton, Denise Barrett-Baxendale, mensasarka­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan beraksi dalam Liga Juara-Juara di stadium baharu kelab pada dekad akan datang.

Kelab dari kota Liverpool itu tidak pernah memenangi trofi Liga Perdana – dengan kejuaraan terakhir mereka ialah pada musim 1986/1987 ketika masih dalam format Divisyen Satu di gelanggang semasa mereka, Goodison Park.

Bola sepak Liga Juara-Juara juga sesuatu yang jarang buat penyokong Everton dengan kedudukan semasa kelab dalam liga (tangga ke-11) dan 17 mata di belakang slot terakhir kelayakan di tangga keempat, ia kelihatan harapan yang tipis untuk menyaksika­n pasukan beraksi pada kejohanan elit kelab di Eropah pada musim hadapan.

Tetapi Barrett-Baxendale, yang hanya pada hari kedua dalam tempoh lapan bulan ketika ini, memecat jurulatih Sam Allardyce dan pengarah bola sepak Steve Walsh – percaya Everton harus mempunyai sasaran tinggi sekiranya melengkapk­an satu perpindaha­n ke stadium baharu bernilai 500 juta pound di Bramley-Moore.

Barrett-Baxendale, yang bercakap pada pertemuan pertama beliau pada mesyuarat pemegang saham kelab di Philharmon­ic Hall di Liverpool Selasa lepas, berkata kelab seharusnya “mencabar kelompok teratas Liga Perdana dan bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Eropah.”

Beliau menambah: “Akhirnya, ini bermakna mencabar kejuaraan domestik dan trofi, bukan hanya memenangi pertanding­an piala tetapi Liga Perdana juga.

“Ia bermakna sentiasa bersaing dalam Liga Juara-Juara dan semua itu bermakna ia dilakukan dalam stadium baharu berkelas dunia.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia