Utusan Borneo (Sabah)

Acara berbasikal ‘RHB Langkawi Ride 2019’ kini dibuka untuk pendaftara­n

-

KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa menyertai acara berbasikal ‘RHB Langkawi Ride 2019” yang dijadualka­n pada bulan April.

Acara itu yang kini dibuka untuk pendaftara­n dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 peserta tempatan dan antarabang­sa.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan RHB Datuk Khairussal­eh Ramli berkata ekoran kejayaan ‘RHB Shimano Highway Ride 2018’ acara di Langkawi ini akan menyediaka­n peminat acara berbasikal pengalaman baharu dengan mendekatka­n para peserta dengan alam semula jadi.

“Kami yakin acara ini akan bertambah popular bagi peminat berbasikal dari dalam dan luar negara terutamany­a di kalangan remaja di mana ia akan menyemai mereka dengan semangat cintakan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Acara ‘RHB Langkawi Ride 2019’ ini menawarkan tiga kategori – 100 kilometer (km) Kayuhan Helang yang meliputi 18 tempat menarik sekeliling pulau, Kayuhan Warisan sejauh 75 km yang meliputi 14 tempat menarik dan Kayuhan Pengembara­an sejauh 25 km.

Kayuhan Helang yang akan bermula di Dataran Helang ke Pelabuhan Feri Langkawi dibahagika­n kepada Lelaki dan Wanita Terbuka (18 tahun ke atas), Veteran Lelaki Terbuka (45 tahun ke atas) dan Pasukan Korporat (lelaki dan wanita 18 tahun ke atas)

Kayuhan Warisan yang akan membawa peserta menyusuri Pantai Pasir Hitam, Taman Hidupan Liar, Lucky Temple, Makam Mahsuri and beberapa tempat terkenal lain terbahagi kepada dua kategori – Lelaki dan Wanita Terbuka (18 tahun ke atas) dan Lelaki Veteran Terbuka (45 tahun ke atas).

Kayuhan Pengembara­an pula yang merupakan kayuhan santai akan bermula dari Dataran Helang dan berakhir di Pelabuhan Feri Langkawi terbuka kepada yang berumur 13 tahun ke atas.

Peminat berbasikal yang ingin mengambil bahagian boleh melayari www. rhblangkaw­iride.com dan mendaftar secara dalam talian bermula sekarang sehingga 8 Mac di mana yuran penyertaan istimewa diberikan kepada mereka yang mendaftar awal.

Yuran pendaftara­n biasa bagi Kayuhan Helang sejauh 100 km ialah RM150, Kayuhan Warisan sejauh 75km ialah RM130 and the Kayuhan Pengembara­an sejauh 25km ialah RM30, manakala bayaran bagi Pasukan Korporat ialah RM1,000. Maklumat lanjut serta info terkini boleh didapati daripada laman web rasmi itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia