Utusan Borneo (Sabah)

Belum ada yang memikat

Sabah masih dalam pencarian pemain import

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah masih dalam pencarian pemain import dengan dua calon diuji sejak Selasa lalu dan diteruskan semalam.

Calon import terkini adalah Milan Nikolic, 31 dari Serbia yang bermain di posisi pertahanan dan penyerang dari England, Hakeem Araba, 29.

Turut dijadualka­n datang lewat semalam untuk mencuba nasib menyarung jersi Sabah adalah pertahanan dari Croatia, Matej Bagaric, 30.

Sabah masih ada tiga kekosongan termasuk satu untuk pemain dari Asia jika mahu mengisi maksima empat kuota import luar negara yang dibenarkan.

Satu tempat sudah diisi penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic yang dikekalkan dari skuad musim lalu dan mempunyai kontrak sehingga pertengaha­n musim ini.

Masih kelihatan berama

“Kita kena berhati-hati dalam pemilihan pemain import ini bagi memastikan kita dapat yang terbaik ” untuk pasukan. DATUK PETER ANTHONY

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah

pasukan menjalani latihan adalah bekas import dari Korea, Heo Jae-Nyeong yang tidak disambung kontrak selepas ditimpa kecederaan pertengaha­n musim lalu

“Kita kena berhati-hati dalam pemilihan pemain import ini bagi memastikan kita dapat yang terbaik untuk pasukan.

“Masih ada masa untuk cari pemain import manakala sudah tiada masalah untuk senarai pemain tempatan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, Datuk Peter Anthony ketika ditemui di sini pada Rabu.

Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur turut datang menyaksika­n pemain berlatih dan ujian pemilihan calon import itu.

Setakat ini, sudah lebih 10 calon import diuji tetapi belum ada yang benar-benar `memikat; ketua jurulatih, Jelius Ating.

 ??  ?? PETER (empat dari kanan) memanfaatk­an peluang masa yang ada dari kesibukan tugasnya sebagai menteri untuk menyaksika­n pasukan berlatih. Kelihatan di gambar Peter sedang bercakap dengan calon import dari England, Hakeem Araba (kanan) yang baru tiba pada Selasa.
PETER (empat dari kanan) memanfaatk­an peluang masa yang ada dari kesibukan tugasnya sebagai menteri untuk menyaksika­n pasukan berlatih. Kelihatan di gambar Peter sedang bercakap dengan calon import dari England, Hakeem Araba (kanan) yang baru tiba pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia