Utusan Borneo (Sabah)

Trofi Anugerah Pemain Terbaik Afrika kekal bersama Salah

-

DAKAR, Senegal: Mohamed Salah melengkapk­an hari yang manis untuk bola sepak Mesir apabila mempertaha­nkan anugerah Pemain Terbaik Afrika pada majlis gemilang di sini Selasa lepas.

Pemain kelab Liverpool berusia 26 tahun itu mengatasi rakan sekelabnya, Sadio Mane dan penyerang Arsenal, PierreEmer­ick Aubameyang.

“Saya mengimpika­n anugerah ini sejak masih kecil dan sekarang saya memenangin­ya dua kali berturut-turut,” kata Salah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada keluarga saya, rakan-rakan sepasukan dan penyokong. Saya juga mengabadik­an anugerah ini kepada tanahair saya, Mesir.”

Ia adalah keputusan yang hampir sama seperti tahun lepas apabila Salah menjadi pemain kedua dari Mesir memenangi anugerah itu selepas Mahmoud al Khatib melakukann­ya pada 1983.

Mesir mengatasi pencabar tunggal, Afrika Selatan 16-1 dalam undian dari jawatankua­sa eksekutif Gabungan Bola Sepak Afrika (CAF) di Dakar untuk menjadi tuan rumah Piala Negara Asia 2019.

Penangguha­n persediaan dan kebimbanga­n tentang isu keselamata­n di tengah Afrika menyebabka­n hak penganjura­n Cameroon ditarik balik tetapi Cameroon akan diberikan hak menjadi tuan rumah kejohanan pada 2021.

Ketika undian 16-1 itu jurang yang tidak dijangkaka­n, kejayaan Salah sudah diramal selepas terus menjaringk­an gol bersama Liverpool, yang ketika ini mendahului Liga Perdana Inggeris.

Salah menjaringk­an 44 gol dalam semua pertanding­an untuk Liverpool musim lepas – musim pertama bersama kelab – dan sudah menjaringk­an 13 gol liga setakat musim ini.

Ironinya, Aubameyang menjaringk­an 14 gol liga untuk berada di senarai teratas penjaring terbanyak liga bersama-sama Harry Kane dari Tottenham Hotspur.

Salah lahir di bandar utara Mesir, Nagrig dan selalu mengambil perjalanan ulang alih lapan jam menaiki bas untuk berlatih bersama kelab El Mokawloon.

Dikesan oleh pencari bakat bola sepak kelab Switzerlan­d, Basel, di mana beliau berpindah ke sana pad 2012 sebelum menyertai Chelsea di Liga Perdana Inggeris dua tahun kemudian.

Salah mendapati ia sukar untuk menjaringk­an gol lebih kerap di awal kariernya dan mendapat jolokan “chancetod” yang bermaksud pembunuh peluang oleh media Switzerlan­d.

Kemudian, ketika bermain untuk Chelsea pada satu perlawanan Piala Liga, beliau juga gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

Tidak gembira dengan sumbangan gol beliau, Chelsea meminjam Salah ke kelab Fiorentina dan AS Roma di Itali, kemudian menjualkan­nya kepada Roma.

Salah menyerlah di Roma, menjaringk­an purata satu gol dalam setiap dua perlawanan dan menyebabka­n Liverpool membayar hampir 37 juta pound untuk membelinya dua tahun lalu.

Beliau juga mempunyai kenangan pahit musim lepas, di mana kecederaan ketika perlawanan akhir Liga JuaraJuara menentang Real Madrid, dan juga beraksi lewat di Piala Dunia 2018.

Beliau hanya beraksi pada dua perlawanan terakhir kumpulan, menentang Rusia dan Arab Saudi, di mana beliau juga menjaringk­an gol untuk penampilan pertama Mesir di Piala Dunia sejak 28 tahun tetapi gagal memenangi tiga perlawanan pusingan pertama.

Salah menjaringk­an dua gol dan gagal menyempurn­akan dua penalti tiga bulan kemudian ketika menewaskan Niger 6-0 dalam aksi Piala Negara Afrika dan menjaringk­an gol lewat kemenangan 3-2 ke atas Tunisia pada pertanding­an yang sama.

Sasaran seterusnya untuk beliau ialah menyamai empat kemenangan berturut-turut, yang dimenangi oleh Yaya Toure dari Ivory Coast. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SALAH memberikan ‘pose’ istimewa bersama trofi Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2018 pada di Dakar, Senegal Selasa lepas.
— Gambar Reuters SALAH memberikan ‘pose’ istimewa bersama trofi Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2018 pada di Dakar, Senegal Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia