Utusan Borneo (Sabah)

Gol Kane kekalkan impian Spurs

Tottenham hampiri slot ke final Piala Liga Inggeris selepas benam Chelsea 1-0

-

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino memuji kematangan pasukannya ketika gol kapten pasukan, Harry Kane, memastikan pasukan menghampir­i kemaraan ke final Piala Liga Inggeris selepas menang 10 pada perlawanan separuh akhir pertama di Wembley Selasa lepas.

Spurs memburu kejuaraan pertama kelab sejak memenangi Piala Liga Inggeris pada 2008, ketika itu menewaskan Chelsea di final.

Tendangan penalti Kane dalam separuh masa pertama, yang diberikan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR), menentukan perlawanan sukar untuk mengekalka­n impian Spurs melangkah ke final pertama Piala Liga sejak 2015, di mana mereka tewas kepada Chelsea.

Kekalahan itu adalah salah satu dari beberapa peluang terlepas buat Pochettino untuk memenangi kejuaraan pertama beliau sepanjang karier yang memberangs­angkan.

Ia adalah satu langkah penting ke arah untuk menamatkan kemarau kejuaraan.

“Kami sangat kompetetif. Usaha pasukan sangat tinggi. Sama ada kami menang atau tidak kejuaraan, saya tetap bangga dengan skuad ini,” kata Pochettino.

“Kami menentang salah sebuah pasukan terbaik di Eropah. Untuk memenangi perlawanan seperti ini, ia memerlukan pengalaman luar biasa untuk kami menjadi lebih matang.”

Pochettino mencabar Tottenham untuk menamatkan tugas pada perlawanan kedua di Stamford Bridge, yang akan berlangsun­g pada 24 Januari.

“Sudah tentu ia hanya separuh perlawanan. Kami mempunyai sedikit kelebihan,” kata beliau.

“Ia pastinya berbeza pada perlawanan kedua. Kami harus menunjukka­n kami boleh menewaskan mereka di sana dan melangkah ke final.”

Ia adalah satu lagi malam mengecewak­an buat Chelsea, yang bangkit dari permulaan hambar untuk menguasai separuh masa kedua tetapi gagal menghasilk­an gol – cerita yang sama buat anak buah Maurizio Sarri.

“Kami selayaknya lebih bagus dari ini. Kami bermain dengan lebih baik dan mengawal permainan,” tegas Sarri.

“Saya benar-benar kecewa dengan keputusan tetapi gembira dengan prestasi pasukan. Ia adalah salah satu prestasi paling penting musim ini untuk pasukan saya.”

Kane membuat penampilan kesebelasa­n utama Piala Liga dalam tempoh 1204 hari, sejak 2015.

Dan beliau hampir meraikan kepulangan­nya dengan bergaya apabila tendangan akrobatik beliau berjaya diselamatk­an penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabala­ga.

Spurs lebih menyerlah pada awal permainan dan mendapat ganjaran pada minit ke-27 apabila Kane menyempurn­akan satu tendangan penalti.

Penalti diberikan apabila Kane berjaya melepasi perangkap ofsaid dan Kepa keluar dari posisinya dan menjatuhka­n penyerang antarabang­sa England itu.

Pengadil membuat semakan VAR dan mengesahka­n Kane berkeduduk­an sah ketika mengejar bola dan penalti diberikan kepada Spurs.

Chelsea hampir mengikat kedudukan apabila umpanan Marcos Alonso gagal disempurna­kan dengan kemas oleh N’Golo Kante.

Pemain remaja, Callum Hudson-Odoi, membuat penampilan kesebelasa­n utama yang kedua berturut-turut ketika Sarri cuba meyakinkan pemain itu untuk terus kekal di Chelsea ekoran minat dari Bayern Munich.

Hudson-Odoi, yang mempunyai baki kontrak 18 bulan di Chelsea, menunjukka­n potensinya di posisi sayap kanan dengan mengancam pintu gol Spurs beberapa kali.

Dengan Alvaro Morata bergelut dengan kecederaan dan Olivier Giroud belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan, Sarri meletakkan pemain sayap, Eden Hazard di posisi penyerang tengah tetapi ia tetap tidak mengubah ketumpulan jentera serangan Chelsea. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KANE (tengah) melepaskan rembatan melepasi jangkauan Arrizabala­ga untuk menjaringk­an gol pertama Spurs menerusi sepakan penalti pada aksi di Stadium Wembley, London Selasa lepas.
— Gambar Reuters KANE (tengah) melepaskan rembatan melepasi jangkauan Arrizabala­ga untuk menjaringk­an gol pertama Spurs menerusi sepakan penalti pada aksi di Stadium Wembley, London Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia