Utusan Borneo (Sabah)

Hassan Mudin muncul wira Wirajaya

Bolasepak persahabat­an pupuk semangat setiakawan

-

PAPAR: Kehadiran Hassan Haji Mudin dalam kesebelasa­n utama pasukan Wirajaya amat bermakna apabila muncul wira dengan menjaringk­an gol kemenangan ketika Wirajaya menentang pasukan Masjid Cahaya Iman, Membakut (MCIM) di padang pekan Papar baru-baru ini.

Hassan yang sebelum ini mengalami kecederaan buku lali menjadi pemusnah harapan MCIM untuk mengikat pasukan Wirajaya ketika perlawanan berbaki hanya seminit dan turut melegakan pasukan Wirajaya bagi mempastika­n pasukan pelawat yang diketuai oleh Hj.Nurlah Daud itu tumpas 5-4.

Imam Saidi mencuri tumpuan apabila mencipta nama selaku penjaring gol bagi pasukan Wirajaya pada minit ke 18, begitu juga Sabarudin kadir minit 56, Mazlan Matbee minit ke 65 dan Malai Mamai minit ke 80.

Pujian juga harus diberi kepada pasukan pelawat yang menunjukka­n permainan dengan skill yang tinggi terutama gand- ingan mereka terdiri dari Hj.Nurlah, Mingo, Hj.Salleh dan Hj.Ramlan yang masing-masing menyumbang gol pada malam itu.

Sementara itu Hj.Nurlah ketika ditemui merakamkan tahniah kepada keduadua pasukan kerana mempamerka­n mutu permainan yang menarik walaupun dibarisi ramai pemain veteran yang berumur 50-60 tahun ke atas.

“Malah perlawanan persahabat­an ini mampu memupuk semangat setiakawan dan mengeratka­n silaturahi­m sekaligus menjadikan warga veteran sentiasa sihat sepanjang masa,” tegasnya.

Di akhir perlawanan, Kamal Kupon dari pasukan MCIM terpilih sebagai ‘Pemain Terbaik’ sepanjang perlawanan bersama Ag. Aidi yang dinobatkan selaku ‘Penjaring Gol Tercantik’.

Manakala Hassan Hj.Mudin dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Berbisa’.

 ??  ?? PASUKAN MCIM merakamkan gambar sebelum perlawanan.
PASUKAN MCIM merakamkan gambar sebelum perlawanan.
 ??  ?? PEMAIN Contoh dari MCIM (dari kiri) Hj. Norlah, Mingo, Hj.Salleh dan Hj.Raman.
PEMAIN Contoh dari MCIM (dari kiri) Hj. Norlah, Mingo, Hj.Salleh dan Hj.Raman.
 ??  ??
 ??  ?? HASSAN (kanan) menerima cenderahat­i dari Abd.Wahid Timbalan Pengurus Wirajaya.
HASSAN (kanan) menerima cenderahat­i dari Abd.Wahid Timbalan Pengurus Wirajaya.
 ??  ?? AG. Aidi bersama Naib Presiden Safa Papar Ag. Damit @ Buchu merakamkan gambar sebelum perlawanan.
AG. Aidi bersama Naib Presiden Safa Papar Ag. Damit @ Buchu merakamkan gambar sebelum perlawanan.
 ??  ?? PASUKAN Wirajaya bersama Pengurus Pasukan Masri (duduk kiri) dan Malai Mamai (berdiri, empat kiri).
PASUKAN Wirajaya bersama Pengurus Pasukan Masri (duduk kiri) dan Malai Mamai (berdiri, empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia