Utusan Borneo (Sabah)

USCCAKK harap bantuan berterusan daripada kerajaan negeri

-

Gabungan Persatuan Masyarakat Cina Sabah, Kota Kinabalu (USCCAKK) Datuk Susan Wong Siew Guen berharap kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kewangan kepada Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong bagi menyampaik­an jemputan rasmi sebagai tetamu khas untuk acara itu.

Sementara itu, Junz memuji USCCAKK atas usaha mereka mempromosi dan memelihara budaya serta tradisi Cina menerusi Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina.

Beliau juga memberi sokongan penuh kepada aktiviti kebudayaan Cina, terutamany­a festival tarian singa, naga dan unicorn yang dianjurkan USCCAKK selama lebih tiga dekad.

Beliau mengesahka­n kehadirann­ya di festival berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Likas pada 19 Januari.

Dalam pada itu, Susan memaklumka­n kepada Junz bahawa festival itu akan berlangsun­g dari jam 12.30 tengahari sehingga 7 malam.

Acara itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Selain tarian singa, naga dan unicorn, turut diadakan penampilan khas oleh Dewa Kekayaan, tarian naga bercahaya dan pertunjuka­n 24 pukulan gendang.

Sementara itu, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide akan merasmikan Pameran Kampung Budaya pada hari yang sama.

Pameran itu, yang menampilka­n budaya dan pastri teh Cina, akan diadakan di koridor Kompleks Sukan Likas bermula jam 8.30 pagi dan seterusnya.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Timbalan Presiden USCCAKK Datuk Chua Soon Ping.

Dalam perkembang­an lain, Junz memberi jaminan bahawa kementeria­nnya telah mengeluark­an lesen perlombong­an pasir kepada pengusaha yang layak dalam pendekatan yang akan menangani permintaan pasir sungai dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh Susan dan Chua, yang mana keduadua mereka adalah pemaju perumahan, mengenai bekalan pasir sungai.

Susan dan Chua memuji usaha Junz untuk menyelesai­kan bekalan pasir sungai yang tidak mencukupi serta memastikan alam sekitar dilindungi daripada kesan buruk perlombong­an pasir dan aktiviti pengorekan.

 ??  ?? SUSAN (lima kiri) dan ahli jawatankua­sanya menyampaik­an jemputan rasmi kepada Junz (enam kiri) untuk menghadiri acara itu.
SUSAN (lima kiri) dan ahli jawatankua­sanya menyampaik­an jemputan rasmi kepada Junz (enam kiri) untuk menghadiri acara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia