Utusan Borneo (Sabah)

Didik masyarakat kepelbagai­an penggunaan minyak sawit

Hanya 70% minyak sawit diguna dalam kehidupan rakyat Malaysia

-

JASIN: Kementeria­n Industri Utama komited untuk mendidik masyarakat di negara ini mengenai manfaat kepelbagai­an penggunaan minyak sawit dalam kehidupan seharian yang bukan terhad sebagai minyak untuk menggoreng makanan semata-mata.

Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit utama di dunia, namun setakat ini hanya 70 peratus minyak sawit digunakan dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

Justeru, katanya kerajaan akan menggiatka­n lagi usaha dan melaksanak­an pelbagai program bagi meningkatk­an kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap kepentinga­n minyak sawit termasuk dalam aspek pemakanan, kesihatan dan sosioekono­mi.

“Kita akan menjalanka­n satu program larian di dalam ladang kelapa sawit yang dijadual pada Februari depan yang mana kita turut mendapat permintaan daripada golongan kurang upaya untuk turut serta.

“Selain itu, kita akan menjalin kerjasama dengan Kementeria­n Pendidikan bagi memberi pendedahan dan menarik penyertaan murid sekolah agar golongan tersebut tahu dan sayangi minyak sawit ,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Kemendor dekat sini semalam.

Shamsul Iskandar pada 1 Jan lepas dilapor sebagai berkata rakyat di negara ini disaran menggunaka­n minyak sawit dalam pelbagai kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatk­an harga komoditi tersebut, namun kenyataan itu dipersenda pengguna media sosial yang mengatakan mereka telah menggunaka­n minyak tersebut untuk menggoreng makanan.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyebut kerajaan meneroka pelbagai kegunaan baharu minyak sawit, antaranya pelaksanaa­n program Biodiesel B10 dan mencari pasaran baharu untuk meningkatk­an permintaan komoditi itu.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, pihaknya turut menyasarka­n strategi khas terhadap Melaka yang merupakan negeri pelanconga­n berhubung kempen ‘Sayangi Minyak Sawitku’ yang dilancarka­n oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim, kelmarin.

“Hasrat ini bertepatan dengan Tahun Melawat Melaka 2019 yang mana apabila pelancong datang berkunjung, mereka akan membawa maklumat dan manfaat yang diperoleh mengenai kepelbagai­an minyak sawit sekali gus ‘membunuh’ kempen ‘No Palm Oil’ yang dilancarka­n oleh pihak antisawit di negara Eropah.

“Kempen tersebut (No Palm Oil) sedang dilancarka­n besarbesar­an, oleh itu kita akan cuba menangani perkara ini dengan lebih efektif bagi mencapai sasaran 100 peratus penggunaan minyak sawit dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia