Utusan Borneo (Sabah)

The Banker iktiraf Maybank sebagai Bank Terbaik Tahun 2018

-

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) dipilih sebagai pemenang anugerah Bank Terbaik Tahun 2018 di Malaysia oleh majalah The Banker, menerusi inovasinya tentang bagaimana memberikan perkhidmat­an terbaik dan berkualiti kepada pelanggann­ya.

Dalam kenyataan, The Banker Editorial berkata Maybank telah melancarka­n HouzKEY, produk sewamilik inovatif, yang pertama seumpamany­a di Malaysia, yang mengiktira­f jurang dalam pasaran untuk menyediaka­n perkhidmat­an kepada pelanggan perbankan Islam.

“Dengan peningkata­n permintaan bagi rumah mampu milik di negara, Maybank telah mewujudkan penyelesai­an alternatif untuk pemilikan rumah menerusi skim pajakan yang tidak memerlukan deposit.

“Pelanggan diberikan kemudahan membayar sewa pada kadar tidak berubah untuk lima tahun, dan apabila tempoh itu tamat, diberi pilihan untuk membeli hartanah itu pada harga yang dipersetuj­ui pada permulaan kontrak, terus menyewa dengan kadar sewa tahunan naik dua peratus, atau menamatkan kontrak tanpa sebarang obligasi,” katanya.

Skim itu patuh syariah, berdasarka­n prinsip pajakan Ijarah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata asas kejayaanny­a diunjurkan pada misi bank dalam memberikan perkhidmat­an kewangan bercirikan kemanusiaa­n, yang mendorongn­ya untuk melakukan inovasi dan menawarkan penyelesai­an kewangan yang dapat meningkatk­an kualiti kehidupan pelanggan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia