Utusan Borneo (Sabah)

Lantikan politik dalam GLC perlu miliki kelayakan, kemahiran: Azmin

-

Pelantikan politik hanya akan dipertimba­ngkan untuk lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jika mereka mempunyai merit berdasarka­n kemahiran dan kelayakan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Pada pendapat saya, kita bersetuju bahawa tidak akan ada ganjaran politik dalam GLC, tetapi tidak dalam konteks bahawa ahli politik tidak boleh memegang sebarang jawatan.

“Ini kerana ada ahli politik yang profesiona­l seperti akauntan, jurutera dan arkitek yang boleh menyumbang ke arah pembanguna­n GLC, tetapi kami memberi keutamaan kepada para profesiona­l,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat eksekutif baharu Dewan Perniagaan AmerikaMal­aysia di sini, kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Azmin berkata, tahap keyakinan perniagaan dalam ekonomi Malaysia semakin meningkat.

“Dari segi peningkata­n peratusan pelaburan langsung asing selepas pilihan raya, ia sangat menggalakk­an.

“Saya tidak mempunyai butiran pada masa ini, tetapi Kementeria­n Kewangan telah mengeluark­an kenyataan baru-baru ini mengenai nilai pelaburan yang telah direalisas­ikan di Malaysia selepas pilihan raya dan ia sangat memberangs­angkan,” katanya.

Beliau memetik pemulihan keyakinan pelabur sebagai cabaran terbesar bagi kerajaan baharu.

“Saya fikir beberapa inisiatif yang diambil Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah memulihkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, jadi kitai akan terus bergerak ke hadapan dan menumpukan kepada inisiatif terbabit,” tambahnya. — Bernama

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia