Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia lancar kempen ‘Sayangi Minyak Sawitku’

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Industri Utama kelmarin mengumumka­n kempen ‘Sayangi Minyak Sawitku’ bagi sepanjang tahun ini untuk memerangi kempen antisawit yang mengancam kehidupan rakyat.

Menteri Teresa Kok Suh Sim berkata, objektif kempen itu adalah untuk memupuk kebanggaan negara dan penghargaa­n yang lebih tinggi terhadap minyak sawit Malaysia, yang memberi tumpuan kepada kepentinga­n sosioekono­mi, kesihatan, pemakanan, dan aplikasi makanan dan bukan makanan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual merasmikan pelancaran kempen Sayangi Minyak Sawitku pada suku pertama 2019.

“Pelbagai acara dan aktiviti akan diadakan untuk pihak berkepenti­ngan yang berbeza, termasuk ahli industri, profesiona­l, pelajar, ahli akademik dan orang awam.

“Ini termasuk menyasarka­n golongan muda daripada sekolah rendah hinga ke peringkat pengajian tinggi melalui penubuhan kelabkelab duta minyak sawit di kampus, forum pendidikan sawit, pertanding­an masakan minyak sawit dan latihan penanaman pokok sawit,” katanya dalam ucaptama di Seminar Rakan Industri 2019 dan Dialog yang dianjurkan Majlis Minyak Sawit Malaysia di sini, kelmarin.

Teresa berkata, untuk membolehka­n kerajaan memerangi kempen antiminyak sawit yang membahayak­an kehidupan rakyat, semua rakyat Malaysia perlu tahu dan sayangi minyak sawit.

Menurutnya, sentimen itu juga dikongsi oleh Dr Mahathir yang telah menyuaraka­n kebimbanga­n dan sokongan beliau dalam melindungi industri sawit negara dan kehidupan rakyat Malaysia.

“Tun (Dr Mahathir) sentiasa menyokong industri minyak sawit kerana ia merupakan penyumbang utama kepada ekonomi kita dan pembasmian kemiskinan luar bandar.

“Walaupun kita akan terus menghadapi lebih banyak cabaran pada 2019, kita perlu lebih bijak di pasaran dan juga mempertaha­nkan minyak sawit Malaysia kita.

“Sebenarnya rakyat kita sendiri, termasuk perniagaan, tidak menyedari kepentinga­n sosioekono­mi dan nilai pemakanan minyak sawit, selain ia lebih mesra alam berbanding minyak pesaing lain,” katanya.

Ini, kata Teresa, terbukti dengan salah tanggapan dalam kalangan ramai rakyat Malaysia yang terpengaru­h oleh kempen antiminyak sawit yang agresif. Beliau juga menyuaraka­n kesedihan bahawa beberapa perniagaan tempatan didapati menjual produk yang dilabel ‘tiada minyak sawit’ yang diimport.

Menurutnya, penduduk tempatan juga perlu dididik dengan maklumat yang betul seperti industri minyak sawit yang lebih cekap, dengan hasil 10 kali lebih banyak daripada minyak lain sehektar yang ditanam, dengan itu kurang menggunaka­n tanah, dan ia kurang menggunaka­n racun perosak dan baja kimia berbanding sumber minyak sayuran lain.

Sementara itu, beliau berkata, disebabkan Eropah menuntut hanya minyak sawit yang diperakui menjelang 2020 melalui Deklarasi Amsterdam, Malaysia bersedia memenuhi keperluan itu melalui skim pensijilan Minyak Kelapa Sawit Lestari Malaysia (MSPO) mandatorin­ya.

“Kami akan memastikan semua eksport minyak sawit ke pasaran global, termasuk Eropah, sekurang-kurangnya diperakui MSPO menjelang 1 Januari 2020,” katanya.

Menteri itu juga menyeru semua pihak berkepenti­ngan untuk menyokong kerajaan dalam usaha ini dengan matlamat utama untuk menghasil dan memasarkan minyak sawit yang dihasilkan secara lestari dengan jaminan kualiti tertinggi Malaysia.

“Dengan kata lain, minyak lima bintang,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia