Utusan Borneo (Sabah)

Tidak setuju parti Bersatu masuk Sabah: Shafie

Supaya dapat mentadbir negeri dengan baik, kata Shafie

-

KOTA BELUD: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan tidak membenarka­nPartiPrib­umi Bersatu Malaysia (Bersatu) melebarkan sayap di negeri ini bagi membolehka­n kerajaan Sabah memberi tumpuan mentadbir negeri ini dengan baik.

Beliau yang juga Presiden PartiWaris­anSabah(Warisan) berkata keputusan itu diambil bukannya menunjukka­n parti berkenaan tidak memberi kerjasama kepada Bersatu.

Beliau berkata Warisan sudah menjalin kerjasama dengan Bersatu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas dan sejak dari awal lagi menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

“Saya juga ada pengalaman termasuk selama 30 tahun di beberapa kementeria­n di peringkat persekutua­n ketika kerajaan sebelum ini, (sekarang) berilah saya peluang mentadbir Sabah yang kini baru masuk tujuh bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian di Kampung Taginambur dekat sini, Khamis.

Hadir sama Anggota DUN Kadamaian yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Benedick.

Mohd Shafie berkata kerjasama dengan kerajaan persekutua­n diteruskan selepas Warisan menerajui kerajaan baharu Sabah.

Beliau berkata kerajaan persekutua­n juga memberi kerjasama baik kepada kerajaan negeri termasuk melantik beberapa menteri dan timbalan menteri persekutua­n dari negeri ini, di kementeria­n penting.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Mohd Shafie berharap keputusan beberapa pemimpin dan wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional Sabah keluar dari parti sebagai satu langkah baik.

“Sebagai pimpinan negeri, kalau boleh kita dapat bersatu di bawah kerajaan naungan yang ada. Kita juga sedar mereka mempunyai pendirian dan maruah tetapi apa yang penting kita saling bantu membantu untuk menjayakan agenda dan harapan rakyat,” katanya.

Justeru, beliau mempelawa mereka membuat keputusan bijak untuk bersama di bawah kerajaan sedia ada. - Bernama

 ??  ?? SHAFIE bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang menyambut ketibaanny­a sempena majlis itu pada Khamis.
SHAFIE bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang menyambut ketibaanny­a sempena majlis itu pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia