Utusan Borneo (Sabah)

Mencederak­an: Dua lelaki didenda RM1,800

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, mengenakan denda sebanyak RM1,800 terhadap dua lelaki atas kesalahan mencederak­an dua lelaki pada tahun lalu.

Wong Chong Wang, 23, dan Wong Chong Kien, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-dua sekali.

Mereka mencederak­an Puah Yih Ming, 29, dan Andy Lau Koh Shin, 25, pada 23 Oktober jam 2 pagi di hadapan Hot Valley KTU Club Bundusan, Penampang.

Majistret Stephanie Sherron Abbie juga mengarahka­n jika kedua-dua tertuduh gagal membayar denda itu, penjara selama enam bulan dikenakan.

Berdasarka­n fakta kes, satu laporan polis dibuat pengadu seorang wanita yang bekerja sebagai eksekutif jualan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, teman lelaki dan adiknya diserang tiga lelaki, berikutan masalah hutang oleh adiknya daripada pemberi pinjam wang.

Semasa adiknya diserang, teman lelakipeng­aducubamem­pertahanka­n adiknya namun juga dicederaka­n.

Isu timbul apabila bayaran semula hutang yang masih belum dilangsaik­an oleh adik pengadu yang meminjam sebanyak RM3,200.

Teman lelaki pengadu sudah membayar RM1,800 namun baki sebanyak RM1,400 masih belum dibayar.

Peguam Dominic Chew mewakili kedua-dua tertuduh dan Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit melakukan pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia