Utusan Borneo (Sabah)

Penyelia pusat membelibel­ah didakwa cabul wanita

-

KOTA KINABALU: Seorang penyelia pusat membeli-belah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.

Nazman Maili, 24, yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Januari jam 11.30 pagi di sebuah bilik pusat membeli-belah 1Borneo di sini.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh sepuluh tahun dan denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman terbabit.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit menawarkan ikat jamin diberikan sebanyak RM5,000 kepada tertuduh, sementara menunggu kes selesai.

Bagaimanap­un peguam Mohd Al-Hafiz Mohd Lokman meminta jumlah itu dikurangka­n kepada RM1,500 dan menyatakan tiada risiko tertuduh akan melarikan diri.

Tambahnya tertuduh sudah direman sejak 3 Januari lalu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Februari terhadap tertuduh yang diberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, dua lelaki dikenakan denda dan penjara atas kesalahan memiliki dadah yang disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pemegang kad IMM13 Alman Makar, 24, dikenakan denda RM5,500 atau penjara 16 bulan dan Zulkalib Yakub, 25, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dikira dari tarikh tangkap

Alman didapati berada dalam milikannya 40 batang straw plastik disyaki berisi dadah, pada 10 Ogos tahun lalu di pasar malam Inanam, di sini.

Zulkalib berada dalam milikannya dadah seberat 0.03 gram, pada 9 November tahun lalu di parkir kereta Taman Jumbo, Petagas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia