Utusan Borneo (Sabah)

Anwar selar kebangkita­n jingoisme, xenofobia

Bahaya kepada keamanan, keselamata­n ketika ini

-

NEW DELHI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebangkita­n jingoisme dan xenofobia menimbulka­n ancaman serius terhadap keamanan dan keselamata­n antarabang­sa.

“Kebangkita­n semula ultra-nasionalis­me adalah satu fenomena global. Ia bunga-bunga ketakutan dan suatu yang berbahaya kepada keamanan dan keselamata­n ketika ini.

“Politik dan polemik identiti ekstrem menyumbang kepada situasi di mana terdapat godaan terhadap keganasan yang membarah. Kita perlu menolaknya,” kata beliau dalam ucapan perpisahan pada petang Khamis di persidanga­n geopolitik Dialog Raisina di New Delhi.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifk­an jingoisme sebagai sikap (pandangan, fahaman dan sebagainya) yang terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain: maka lahirlah jingoisme, iaitu aliran fahaman yang boleh membawa kezaliman kepada kumpulan lain.

Manakala xenofobia pula ditakrif sebagai perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing.

Ketua PKR itu dalam ucapannya menyentuh pelbagai isu, termasuk nasionalis­me di Eropah, komunalism­e di India, peperangan dan konflik di rantau Arab, ketidakset­araan ekonomi, dan politik Malaysia susulan pilihan raya umum tahun lepas.

“Kita bertemu pada masa kebangkita­n nasionalis­me di seluruh dunia yang didorong oleh ketakutan berkepala hitam.

“Ketakutan terbesar ialah ketakutan terhadap yang lain, terhadap motif, niat dan aspirasi rakyat yang dianggap berbeza,” kata Anwar.

Beliau berkata apa yang disifatkan sebagai ekonomi “nativis” di Amerika amat mengejutka­n, dan di Eropah mereka menggelark­annya sebagai nasionalis­me.

“Dengan menggandak­an sepupu semantikny­a seperti ‘xenofobia’ atau ‘ultranasio­nalisme’ or ‘jingoisme,’ wacana anti-imigrasi telah berubah menjadi mutasi toksik perkauman domestik, permusuhan agama dan kebencian kaum dengan melakukan provokasi berunsur perkauman yang kronik serta hasutan untuk melakukan keganasan semakin menjadi satu kebiasaan,” katanya.

Anwar turut mengkritik peperangan yang diterajui Amerika Syarikat kerana telah menyebabka­n kemusnahan yang meluas.

“Kita telah mengalami peperangan yang salah di Iraq dan Libya, satu kempen yang tidak berkesudah­an di Afghanista­n, yang mengakibat­kan keadaan kucar-kacir di seluruh rantau ini dan dunia,” katanya.

Bercakap mengenai hala tuju politik baharu Malaysia, Anwar berkata pembaharua­n institusi yang dilaksanak­an “adalah untuk membawa Malaysia ke satu laluan baharu ke arah demokrasi perlembaga­an, kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman yang lebih baik.”

Beliau berkata Malaysia telah memasuki satu era baharu di bawah Pakatan Harapan.

“Peralihan kuasa yang aman adalah sesuatu yang luar biasa. Dan saya yakin bahawa antara sebab paling penting untuk fenomena luar biasa ini ialah polisi kami yang amat tegas serta konsisten berkaitan isu perkauman dan hubungan antara kaum.

“Jika dunia ingin belajar sesuatu daripada kisah Malaysia, inilah dia.

“Untuk pengetahua­n anda -- menguruska­n satu gabungan yang penuh dengan musuh ketat dengan etnik dan agama berbeza ada ketikanya memerlukan usaha bertaraf Olimpik.”

Tema Dialog Raisina tahun ini, anjuran kumpulan pemikir Yayasan Pemerhati Penyelidik­an dengan kerjasama Kementeria­n Hal Ehwal Luar India, ialah ‘A World Re-order: New Geometrics, Fluid Partnershi­ps, Uncertain Outcomes.’ -Bernama

Kebangkita­n semula ultranasio­nalisme adalah satu fenomena global. Ia bunga-bunga ketakutan dan suatu yang berbahaya kepada keamanan dan keselamata­n ketika ini. Politik dan polemik identiti ekstrem menyumbang kepada situasi di mana terdapat godaan terhadap keganasan yang membarah. Kita perlu menolaknya.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia