Utusan Borneo (Sabah)

Dua ‘along’ didenda RM1,800 akibat cederakan peminjam wang

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap seorang peminjam, serta seorang lelaki lain.

Wong Chong Wang, 23, dan Wong Chong Kien, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua tertuduh dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh yang dipercayai bekerja sebagai pemberi pinjaman wang didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Phuah Yih Ming, 30, dan Andy Lau Koh Shin, 26.

Kejadian berlaku pada 23 Oktober 2018 jam 2 petang di tempat letak kereta hadapan premis Hot Valley KTV Bundusan, Penampang, di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut keterangan kes, pengadu Lau Koh Tian, 30, iaitu kakak mangsa bernama Andy yang juga teman wanita Phuah, membuat laporan polis di balai berhampira­n pada hari sama jam 5.30 petang.

Pengadu berkata, adiknya diserang oleh kedua tertuduh, kemudian teman lelakinya cuba mempertaha­nkan dan seterusnya turut diserang menggunaka­n tangan dan kaki sehingga menyebabka­n kecederaan.

Hasil siasatan lanjut mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu pembayaran semula baki hutang yang masih belum dilangsaik­an kira- kira RM1,400.

Kes pendakwaan dikendalik­an oleh Inspektor Suzie@ Stephanie Kupit, manakala tertuduh diwakili peguam bela Dominic Chew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia