Utusan Borneo (Sabah)

Disiplin dalam latihan

Resipi kejayaan gapai emas untuk Labuan

-

LABUAN: Disiplin yang tinggi setiap kali menjalani latihan menjadi resipi kejayaan gandingan emas boling padang Labuan pada Para Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 lalu.

Gandingan Abdul Hajis Nikman dan Mat Daud Mohamad berkata, disiplin semasa menjalani latihan dan persefaham­an antara mereka menjadi ramuan utama mencapai kejayaan memperoleh pingat emas menerusi kategori Beregu Terbuka B7.

“Kamisudahb­ergandinga­n sejak 2012 dan setiap kali turun latihan kami bagi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diarah jurulatih.

“Kami juga akan pastikan untuk sentiasa berlatih bersama-sama bagi meningkatk­an lagi persefaham­an dan sentiasa berbincang mengenai strategi permainan yang kami inginkan,”kata Abdul Hajis yang juga memenangi pingat perak acara boling padang kategori Perseorang­an B7 pada temasya sama.

Selain itu, mereka turut menjadikan segala bantuan dari Perbadanan Labuan, Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Persatuan Sukan Dan Rekreasi OKU Negeri Labuan (Pesron Labuan) dan Persatuan Lawn Bowl Labuan sebagai pendorong mereka berlatih dengan gigih.

“Alhamdulil­lah atas pencapaian ini dan kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada segala bantuan, kemudahan gelanggang latihan secara percuma, elaun latihan dan sokongan yang diberikan adalah sebahagian dari pembakar semangat kami memperoleh emas dalam Para Sukma lalu.

“Saya dan rakan-rakan lain berjanji akan lebih berusaha untuk mengekalka­n prestasi dalam menghadapi Para Sukma 2020 di Johor Bahru nanti.

“Selain mengekalka­n gandingan, kami juga ingin mencari bakat-bakat baharu untuk dijadikan pelapis serta kesinambun­gan pasukan boling padang para Labuan,”katanya yang ditemui media selepas Majlis Penyampaia­n Insentif Temasya Para Sukma Perak 2018, malam Khamis.

Seorang lagi atlet Para Sukma Labuan yang memenangi pingat perak dalam sukan badminton kategori Lelaki Berdiri Kerdil Perseorang­an SS6, Awangku Tajul Rizal Pg.

“Kami sudah berganding­an sejak 2012 dan setiap kali turun latihan kami bagi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang ” diarah jurulatih. ABDUL HAJIS NIKMAN Atlet boling padang Labuan

ABDUL Hajis (kiri) dan Mat Daud (kanan).

Jaafar berkata, insentif yang diterima akan menjadi pendorong untuk mereka lebih berusaha keras selepas ini.

“Kamiakanbe­rusahauntu­k membawa pulang pingat emas untuk Labuan pada Para Sukma 2020 di Johor Bahru dan akan meneruskan latihan setiap minggu bersama jurulatih kami iaitu Pahat Chalan,”kongsinya penuh gembira.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato Sri Amir Hussien dalam ucapan perasmiann­ya melahirkan rasa bangga dengan pencapaian kontinjen W.P Labuan pada Para Sukma Perak 2018.

“Walaupun Labuan kontinjen paling kecil, iaitu hanya 31 orang termasuk atlet dan Pegawai, dengan menyertai sebanyak empat acara sukan iaitu boling padang, badminton, powerlifti­ng dan memanah, kita berjaya memperoleh­i satu emas, dua perak dan satu gangsa mengatasi pencapaian Paralimpia­d Sarawak 2016.

“Dengan kejayaan membawa pulang pingat tersebut ia menunjukka­n WP Labuan juga adalah pesaing yang patut disegani,”katanya.

Beliau juga menggesa semua pihak mengemblen­g tenaga dalam memperkasa pembanguna­n Sukan OKU di WP Labuan.

“Pembanguna­n Sukan OKU di WP Labuan ini patut diperkasak­an lagi bagi mencungkil bakatbakat baru dan kita mampu menyertai lebih banyak acara dengan bertambahn­ya bilangan atlet.

“Diharapkan juga kita dapat mengoptimu­mkan penggunaan kemudahank­emudahan sukan yang ada bagi persiapan Para Sukma ke-20 di Johor pada tahun 2020 nanti.

“Pencapaian masih boleh dipertingk­atkan lagi kerana atlet -atlet kita ini saya difahamkan merupakan atlet baru terutama dalam sukan badminton dan powerlifti­ng,”jelasnya yang turut menyampaik­an insentif pada majlis itu.

Pada majlis itu, pemenang pingat gangsa acara badminton kategori Lelaki Berdiri Kerdil Perseorang­an SS6 Sulaiman Suling dan jurulatih badminton Para Sukma Labuan turut menerima insentif.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pengurusan), Fadzilah Hj. Mahmud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mohd Hazan Dahari , Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Ishak Aku Abd Rahman dan Presiden Pesron Labuan Wong Foo Leong.-JABATAN

 ??  ??
 ??  ?? AMIR (lima dari kanan), Hazan (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama semua penerima insentif Para Sukma Perak 2018.
AMIR (lima dari kanan), Hazan (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama semua penerima insentif Para Sukma Perak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia