Larangan merokok: K’jaan beri tempoh enam bulan
Didik orang ramai biasakan diri peraturan larangan merokok
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan bagi mendidik orang ramai membiasakan diri dengan peraturan larangan merokok di beberapa kawasan yang sudah dikenalpasti di negeri ini.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong berkata, sepanjang tempoh itu, kementeriannya akan terus memberi pendedahan serta meninjau premis sebelum penguatkuasaan denda terhadap pesalah dilaksanakan bermula awal Julai depan.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya patuh dengan peraturan baharu ini yang sudah ditetapkan dan tidak sesekali cuba mencabar kuasa pihak yang diberikan autoriti.
“Selepas tempoh itu (enam bulan), jika didapati masih ada yang mengingkari peraturan larangan merokok, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan denda kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian sijil Perkhidmatan Berhenti Meroko (mQuit) kepada Hospital Gleneagles, di sini pada Sabtu.
Selain itu Stephen berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk menyediakan kemudahan tempat merokok kepada premis-premis makanan di negeri ini.
Katanya, kemudahan seumpama itu bukanlah tugas kementerian, tetapi
DATUK STEPHEN WONG
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
“Saya menasihatkan orang ramai supaya patuh dengan peraturan baharu ini yang sudah ditetapkan dan tidak sesekali cuba mencabar kuasa pihak yang diberikan autoriti. Selepas tempoh itu (enam bulan), jika didapati masih ada yang mengingkari peraturan larangan merokok, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan denda kepada mereka,”
bergantung kepada inisiatif pemilik premis terbabit sekiranya ingin memudahkan pelanggan mereka merokok.
Ketika berucap, beliau berkata, kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan membuktikan bahawa pada tahun 2015, kelaziman kegiatan merokok di negara ini adalah pada kadar 22.8 peratus.
Katanya, bagi Sabah sahaja direkodkan sebanyak 28.5 peratus yang mana satu angka kadar tertinggi berbanding negeri lain.
Selain itu katanya, purata kos penjagaan kesihatan bagi rawatan pesakit yang mengidapi komplikasi paruparu kronik juga boleh mencecah RM123,000 termasuk kos hospital, dan rawatan lain.
Untuk itu, beliau berharap orang ramai akan dapat memberi kerjasama kepada KKM bagi mengurangkan jumlah perokok tegar, sekaligus membendung kegiatan rokok seludup.
Terdahulu, mesyuarat Kabinet negeri bersetuju untuk melaksanakan Peraturan Kawalan Produk Tembakau (Pindaan) 2018 yang membabitkan semua premis makanan bermula 1 Februari.
Individu yang ingkar akan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Seramai747pegawaiJabatan Kesihatan negeri akan terbabit dalam pelaksanaan larangan merokok itu termasuk di kawasan luar bandar.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Kota Kinabalu Noel Cheah.