Utusan Borneo (Sabah)

ATASI MASALAH AIR SABAH

Kerangka pembinaan empangan baharu perlu dipercepat: Shafie

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PUTATAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sudah mengarahka­n Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Datuk Peter Anthony mempercepa­tkan kerangka bagi pembinaan empangan baharu di negeri ini.

Shafie berkata pembinaan empangan baharu itu adalah bagi memastikan bekalan air di kawasan Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dapat disediakan secepat mungkin.

“Seperti yang kita tahu antara masalah utama yang dihadapi dalam proses pemadaman kebakaran di Kampung Pasir Putih di sini Jumaat lalu disebabkan tekanan air rendah dan menyukarka­n pengaliran air di pili bomba.

“Apa yang kita inginkan adalah memastikan masa depan penduduk terjaga bukan hanya dalam tempoh 10 tahun tetapi sehingga 50 tahun rakyat mempunyai bekalan air yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas bertemu dengan mangsa kebakaran di Dewan Putatan dan tapak kebakaran Pasir Putih.

Menurutnya empangan ini penting agar ratusan penduduk di pantai barat Sabah termasuk Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Inanam dan Tuaran tidak berhadapan dengan krisis air malah mendapat bekalan air secukupnya dalam tempoh yang dinyatakan.

“Ramai penduduk sekitar sini memprotes berkenaan pembinaan empangan terbabit tapi dalam masa sama kita tidak inginkan lebih ramai yang memprotes apabila kita menghadapi masalah kekurangan air di beberapa daerah ini.

“Pembinaan ini hanya untuk memastikan bekalan air mencukupi untuk semua penduduk pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (kiri) bersama Penaung Program Ilau Panawari yang juga Pengerusi Sedco Datuk Dr. Richard Sakian Gunting (kanan) melawat pameran produk buah-buahan tempatan selepas merasmikan Sambutan Ilau Panawari.
SHAFIE (kiri) bersama Penaung Program Ilau Panawari yang juga Pengerusi Sedco Datuk Dr. Richard Sakian Gunting (kanan) melawat pameran produk buah-buahan tempatan selepas merasmikan Sambutan Ilau Panawari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia