Utusan Borneo (Sabah)

Polis buru suspek lari dari kawalan polis

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis telah melancarka­n gerakan besarbesar­an bagi mengesan seorang lelaki yang melarikan diri dari kawalan polis dengan membuka gari semasa proses memuatkan tahanan ke dalam trak untuk dibawa dari Mahkamah Sandakan ke Penjara Sibuga pada petang Khamis.

Kejadian berlaku kirakira jam 3.40 petang ketika suspek dikenali sebagai Jusman Amir (gambar),

29, warga Indonesia telah berjaya membuka gari berantai yang dipasang di tangannya dan terus melarikan diri ke arah kawasan semak di Taman Khong Lok Batu 7, Sandakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superinten­dan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, suspek merupakan seorang tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran yang dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan untuk dituduh di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu dengan sengaja memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.

“Selepas sebutan kes, suspek telah diarahkan oleh mahkamah untuk ditahan di Penjara Sandakan di bawah Seksyen 259 Kanun Acara Jenayah sementara menunggu sebutan semula kes,” katanya.

Beliau berkata suspek melarikan diri dari kawalan polis dengan membuka gari semasa proses memuatkan tahanan ke dalam trak polis untuk dibawa dari Mahkamah Sandakan ke Penjara Sibuga Sandakan.

“Semasa melarikan diri, suspek yang berbadan kurus, berkulit gelap dan mempunyai misai serta janggut pendek itu memakai sehelai baju hitam bertulis ‘Sex Pistol’ dan seluar pendek warna putih. Suspek berbangsa Bugis dan mempunyai tatoo di bahagian lengan tangan kiri,” katanya.

Abdul Fuad meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk segera berhubung dengan pihak polis di talian 089212222.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia