Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan k’jaan antara 68 penagih ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan kerajaan adalah antara 68 penagih yang ditahan sepasukan polis dalam operasi pencegahan dadah di sekitar ibu negeri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua suspek yang ditahan termasukla­h 57 warga tempatan manakala 11 lagi warga asing berumur 20 hingga 50 tahun.

Tambahnya kesemua suspek ditahan dalam operasi bermula 4 Januari sehingga Sabtu.

“15 suspek ditahan kerana memiliki dadah manakala 53 yang lain ditahan kerana terlibat penyalahgu­naan dadah.

“Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39A, 12(2), dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Habibi berkata sepanjang operasi dijalankan pihaknya berjaya merampas 20.62 gram syabu dan 50.14 gram ketamin dengan anggaran nilai RM10,600.

Tambahnya operasi seumpama akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha memerangi gejala dadah di sini.

Dalam operasi berasingan sembilan lagi penagih dan tiga pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Ops Sarang Khas di Tanjung Aru awal pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman selaku ketua operasi berkata pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n awal terhadap 36 individu dan 12 daripadany­a termasuk seorang wanita ditahan terbabit penyalahgu­naan dadah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Salah seorang penagih turut ditahan kerana menjalanka­n aktiviti penjualan judi online secara haram,” katanya.-

 ??  ?? RAMPASAN dadah dianggarka­n bernilai RM10,600 pada harga pasaran tempatan.
RAMPASAN dadah dianggarka­n bernilai RM10,600 pada harga pasaran tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia