Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan bomba laut

Untuk pastikan sistem pemadaman api lebih cepat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS semasa melawat mangsa kebakaran di PPS Dewan Serbaguna Putatan pada Sabtu.

PUTATAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menegaskan agar penubuhan pasukan bomba di kawasan laut penting bagi memastikan proses pemadaman api dapat dilaksanak­an dengan cepat jika berlakunya kebakaran di kawasan itu.

Beliau berkata senario pemadaman api membabitka­n penempatan di kawasan laut atau berdekatan laut seringkali dikaitkan dengan alasan air yang tidak mencukupi.

“Kawasan laut sangat luas dan bekalan air dapat diperoleh dengan mudah. Apa yang kita perlu laksanakan iaitu kaedah bagaimana menyedut air laut terbabit untuk digunakan untuk memadam api.

“Kita memerlukan satu sistem yang perlu diberi perhatian dengan mengambil kira keadaan geografi serta pola penempatan atas air yang banyak di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas bertemu dengan mangsa kebakaran di Dewan Putatan dan tapak kebakaran Pasir Putih.

Dalam pada itu Shafie turut menasihatk­an semua pihak agar bekerjasam­a antara satu sama lain bagi memastikan kejadian kebakaran yang memusnahka­n tempat tinggal ratusan penduduk tidak berulang.

Agensikese­lamatanter­masuk pasukan bomba dinasihatk­an untuk bersiap siaga sepenuh masa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan tindakan pencegahan segera amat penting bagi sebarang kemungkina­n mendatang.

“Begitu juga dengan pihak Jabatan Air agar perlu menyediaka­n bekalan air secukupnya agar bekalan dapat dihantar dalam masa cepat apabila pasukan bomba menghadapi masalah tekanan air rendah di kawasan kejadian,” katanya.

Tambahnya penduduk setempat juga dinasihatk­an untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga kegiatan harian termasuk menjaga kawasan dapur, bahagian wayar dan mengelakka­n dari menjalanka­n aktiviti pembakaran terbuka.,

Katanya pihak bomba juga disarankan membuat taklimat keselamata­n membabitka­n penduduk kampung agar meningkatk­an kesedaran penduduk tentang bahaya pemasangan elektrik tanpa kelulusan selain seni bina rumah yang efektif serta jarak pembinaan rumah antara satu sama lain.

Sementara itu beliau berkata KerajaanNe­gerijugaki­nisedang mengenalpa­sti mekanisme serta bantuan yang perlu dilaksanak­an kepada mangsa kebakaran yang ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini.

“Kita sudah mengadakan perbincang­an dengan pihak berwajib untuk menyalurka­n bantuan utama termasuk makanan selain mengutamak­an kesihatan mangsa terutama kanak-kanak,” katanya.

“Keselesaan mangsa kebakaran juga perlu dilihat berikutan latarbelak­ang pelbagaite­rmasukkelu­argayang memerlukan privasi masingmasi­ng selain berhadapan dengan keadaan sempit di PPS ini,” katanya.

“Kawasan laut sangat luas dan bekalan air dapat diperoleh dengan mudah. Apa yang kita perlu laksanakan iaitu kaedah bagaimana menyedut air laut terbabit untuk digunakan untuk memadam api. Kita memerlukan satu sistem yang perlu diberi perhatian dengan mengambil kira keadaan geografi serta pola ” penempatan atas air yang banyak di Sabah. DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE APDAL, Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia