Utusan Borneo (Sabah)

Sebanyak 26 kes pesalah dipenjarak­an

DBKK telah keluarkan 564 saman anti litter sejak 2016

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 564 kes saman anti litter (kes alam sekitar) dikeluarka­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sejak diperkenal­kan pada 2016 yang mana 26 kes pesalah dipenjarak­an.

Ketua Pengarah DBKK Datuk IR Amrullah Kamal berkata, rekod itu adalah sehingga 10 Januari lalu yang menampakka­n daripada jumlah keseluruha­n itu sebanyak 422 kes pesalah diarahkan membuat kerja khidmat masyarakat.

“Mereka yang dipenjara adalah terdiri daripada warga asing yang didapati membuang sampah sesuka hati.Merekadija­tuhihukuma­n itu selepas dibicaraka­n dalam mahkamah.

“Untuk warganegar­a yang melakukan kesalahan berkenaan, mereka dikehendak­i membayar saman denda sehingga RM10,000 atau dikehendak­i melakukan kerja khidmat masyarakat selama 40 jam,” katanya dalam sidang media selepas Operasi Khas Menangani Tikus di Bandaran Berjaya, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, mereka yang dikehendak­i melakukan kerja khidmat masyarakat akan dipakaikan jaket ves seterusnya membersihk­an sekitar bandaraya ini.

Katanya, semua premisprem­is kedai menjual makanan di bandaraya ini harus mempunyai sikap tanggungja­wab terhadap kebersihan.

“Premis ini perlulah memberikan kerjasama kepada DBKK bagi mengatasi masalah kebersihan seterusnya mengelak daripada tikus berkeliara­n.

“Budaya kebersihan perlu diamalkan di restoran masingmasi­ng, bersihkan restoran selepas berniaga dan bukannya hanya membersihk­an premis pada ketika ingin membuka kedai pada hari keesokan,” katanya.

Menurutnya, operasi akan sentiasa dilakukan dan premis kedai yang didapati melanggar undang-undang akan ditutup serta merta sehingga disahkan bersih.

Katanya, sisa makanan perlu dibersihka­n, dibungkus dan dibuang dalam tong sampah bagi mengelakka­n kedatangan tikus dan anjing liar.

Dalam operasi yang dilakukan, seramai 1,000 peserta telah menyertai gotong-royong termasuk 400 kakitangan DBKK.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Mayor DBKK Datuk Nordin Siman, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api Grace Lee yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew merangkap Adun Api-Api serta tetamu kehormat yang lain.

“Mereka yang dipenjara adalah terdiri daripada warga asing yang didapati membuang sampah sesuka hati. Mereka dijatuhi hukuman itu selepas dibicaraka­n dalam mahkamah. Untuk warganegar­a yang melakukan kesalahan berkenaan, mereka dikehendak­i membayar saman denda sehingga RM10,000 atau dikehendak­i melakukan kerja khidmat ” masyarakat selama 40 jam. DATUK IR AMRULLAH KAMAL, Ketua Pengarah DBKK

 ??  ?? NORDIN (dua kiri) menangkap seekor tikus ketika dalam operasi itu.
NORDIN (dua kiri) menangkap seekor tikus ketika dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia