Utusan Borneo (Sabah)

11 penyambung­an haram dikesan

Tindakan pemotongan dilakukan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Jabatan Air Sandakan mengesan 11 penyambung­an haram di kawasan setinggan sepanjang jalan Batu Sapi dalam Ops Pemantauan Penyambung­an Haram pada Jumaat.

Jurutera Air Bahagian Sandakan Ishar Hamka Ismail berkata penyambung­an haram itu dikesan pihaknya berikutan mendapat maklumat tentang berlakunya kegiatan curi air di sepanjang jalan Batu Sapi berdekatan setinggan Kg Bakau Batu Sapi.

Beliau berkata setelah menjalanka­n siasatan dengan bantuan pihak Salcon Engineerin­g mendapati paip utama MSCL 200mm telah mengalami kebocoran, dan pihak penguatkua­sa Jabatan Air Sandakan telah menjumpai beberapa sambungan haram di kawasan berdekatan.

“Operasi yang bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang telah berjaya mengesan dan melakukan tindakan pemotongan ke atas 11 sambungan haram.

“Sebanyak tiga sambungan haram dikesan oleh pihak Jabatan Air yang disambung secara terus ke atas paip MSCL 200mm berhampira­n stand paip 2 inci Jabatan Air Sandakan yang terletak berdekatan Kg Bakau dan lapan lagi di lokasi sepanjang jalan Batu Sapi berhampira­n koloni Kg Sundang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Ishar berkata tindakan pemotongan ke atas sambungan haram terbabit telah diambil tindakan oleh pihak Jabatan Air dengan bantuan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air, kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 49 (b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Kesalahan berkenaan memperuntu­kkan denda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun.

Tambahnya, dalam operasi itu pihak Jabatan Air juga menyita beberapa barangan yang digunakan untuk membuat penyambung­an haram.

“Antara barangan yang disita ialah beberapa gulung poly paip bersaiz 1/2 inci, poly paip bersaiz 1 inci dan juga enam biji clam saddle besi, dipercayai ini dapat melumpuhka­n sedikit aktiviti yang tidak bertanggun­gjawab itu,” katanya.

Sehubungan itu Ishar berkata pihak Jabatan Air menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaiman­a yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.

Pihaknya juga memohon kerjasama daripada orang ramai untuk memaklumka­n sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air segera melaporkan ke talian hotline Jabatan Air Sandakan di 1 300 8888 55.

Untuk rekod, pada Rabu lepas sebanyak 19 sambungan haram tanpa meter dikesan di kawasan Kampung Karamuntin­g Jalan Batu Sapi dan jalan Trig Hill di sini dan tindakan pemotongan ke atas semua sambungan haram terbabit dilakukan oleh pihak Jabatan Air Sandakan dengan bantuan pihak Salcon Engineerin­g.

 ??  ?? KAKITANGAN Jabatan Air memeriksa penyambung­an haram di sekitar kawasan jalan Batu Sapi.
KAKITANGAN Jabatan Air memeriksa penyambung­an haram di sekitar kawasan jalan Batu Sapi.
 ??  ?? BEBERAPA gulung poly paip yang digunakan untuk membuat sambungan haram disita.
BEBERAPA gulung poly paip yang digunakan untuk membuat sambungan haram disita.
 ??  ?? KEBOCORAN air yang dikesan.
KEBOCORAN air yang dikesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia