Utusan Borneo (Sabah)

80 penduduk Kg Kabangaan sertai program FSSA UMS

-

KUDAT: Seramai 80 orang penduduk Kampung Kabangaan Kudat telah menyertai program peningkata­n hasil kelapa sawit dan pendapatan anjuran Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah( U M S) bermula Februari 2018 sehingga Januari 2019.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, adalah satu lagi inisiatif UMS menerusi FSSA untuk menterjema­hkan hasil-hasil kajian bermutu di UMS untuk kepentinga­n masyarakat setempat dan dapat mengurangk­an bilangan warga yang berpendapa­tan ‘bottom 40’.

“Saya percaya usaha sedemikian bukanlah hanya untuk kali ini sahaja malah akan berterusan.

“Ini kerana di UMS, semua penyelidik-penyelidik­nya amat komited dalam menjalanka­n penyelidik­an penyelidik­an yang bersifat menjawab kepada keperluan industri serta dapat membantu kepada keperluan masyarakat,” katanya sempena majlis perasmian dan penutupan Program FSSA bersama Komuniti Kg Kebangaan Kudat, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, penemuanpe­nemuan yang penting ini seterusnya dapat dipindahka­n kepada mereka yang memerlukan­nya.

“Saya difahamkan oleh Prof. Baba, Dekan FSSA bahawa program ini adalah merupakan satu projek dibawah tajaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia melalui Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) yang telah dijalankan di Kampung Kabangaan Kudat seawal Februari 2018 yang lalu.

“Melalui UCTC, pelbagai sumber universiti termasukla­h para pelajar, tenaga pengajar, dan fasiliti universiti awam dapat digerakkan dalam mentransfo­rmasikan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berharap teknologi sedemikian akan dapat dipindahka­n kepada komuniti Kg. Kabangaan yang terlibat agar mereka dapat meneruskan kecemerlan­gan hasil tuaian itu di kebun-kebun masingmasi­ng.

“Saya berharap ia dapat membantu masyarakat setempat yang lain yang mana bersesuaia­n dengan konsep berterusan mengikut konteks UCTC,” katanya.

Seramai 600 orang penduduk Kg Kabangaan Kudat adalah terdiri dari masyarakat pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya kepada hasil-hasil pertanian.

Kedudukan kampung agak jauh terasing dengan kemudahan asas yang minimum menyebabka­n penduduk hidup dalam paras kemiskinan.

Hasil tuaian sawit juga rendah sekitar 1-2 tan/ekar/ bulan di samping kejatuhan harga sawit memberikan impak besar kepada kehidupan penduduk.

Hasil penyelidik­an penyelidik UMS dengan formulasi mikrob terpilih yang dipindahka­n kepada penduduk kampung telah berjaya meningkatk­an hasil tuaian kepada 5-7 tan/ekar/ bulan dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada baja kimia, sekali gus mengurangk­an kos operasi serta memperbaik­i struktur dan kesuburan tanah.

Penduduk yang terlibat akan dilatih untuk menghasilk­an formulasi sendiri agar projek ini lebih lestari dan dipanjangk­an dan berterusan kepada rakanrakan kampung yang lain.

Program ini adalah di bawah tajaan UCTC, Kementeria­n Pendidikan Malaysia dengan

(duduk tengah), Baba (duduk tiga kiri) dan Chong (duduk tepi kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk kampung yang terlibat.

kos sebanyak RM20,000.

Hadir sama ialah dekan FSSA Prof Dr Baba Musta dan Ketua Projek Prof Madya Dr Chong Khim Phin.

 ??  ?? KAMARUDIN
KAMARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia